Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Sunday, May 10, 2015

BAHAGIA

Cuba kalau itu membantu
Cuba kalau itu bisa mendekat
Cuba kalau itu mampu memahami

Kalau kamu berani mencuba
Pasti ada ganjaran untuk bersama
Yang semua orang ingin mendapatkannya
BAHAGIA.

-EF-
10.5.15
Tman guru, kuantan

Wednesday, April 22, 2015

Beza

Aku mahu pergi jauh.
Kau mahu pergi mana?
Aku mahu lari dari dunia.
Mahu lari sedangkan kamu masih hidup didalamnya?

Kau tahu?
Dulu aku sama seperti kamu..
Hari hari aku menunggu
Berharap keajaiban akan berlaku.

Kau tahu apa aku dapat?
Nasihat bertalu
Kesedaran beribu

Apa kau fikir hidup aku tidak berhantu?
Segala lukisan tak perlu dibantu,

Rasa aku juga sama seperti kamu
Beza kita cuma  satu
Aku cuba angkuh dalam jatuhku
Tapi kau terus malu
Tunduk dengan jiwamu


-EF-
22-04-2015
OMC Kuantan

Sunday, December 21, 2014

Pesan

Kau pesan pada hati
Untuk hati hati

Kau pesan pada jiwa
Untuk terus jangan kecewa

Kau pesan
Tapi kau yang pengsan

Kau leka
Sampai kau terkena

 Ini dunia bukan untuk mereka saja
Ini dunia untuk kita juga


-ef-

Friday, May 9, 2014

Terima kasih

Dulu-dulu
Dia sama seperti kita

Pernah bujang
Pernah bercinta
Pernah remaja

Dulu dulu
Dia sama macam kita
Bersuka ria
Berlipur lara
Bergembira sentiasa

Itu semua dulu
waktu seusia kita

Dia tak terfikir
Akan mengenali kita
Melahirkan kita
Menangis kerana kita
Berjuang kerana kita

Tak akan ada kita
Tanpa dia
Bekorbanlah untuk dia
Bercintalah dengan dia
Bahagiakanlah dia


Maaf anakmu tidak sempurna
Maaf anakmu menyakitkan hatimu
Maaf..

Terima kasih kerana sentiasa bersusah untuk kami
Terima kasih selalu berjuang untuk kami
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih mama...

-EF-
taman guru
11.03 pm

Lantakkan

Orang tak mungkin akan tahu
Mereka tidak mungkin dapat rasa
Beban apa yang kita tanggung
Sarat apa yang kita hadap

Mereka adalah mereka
Tidak mungkin menjadi kita
Walau apa yang mereka lakukan

Biar mereka terus berdiskusi
Biar mereka terus berhalusinasi
Tentang cerita kita
Tentang apa masa depan kita

Apa tindakan kita?
Diam
Senyum
Terus melangkah

Tak apa
Allah kan ada?