Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Wednesday, March 30, 2011

SaYa DaN MooD

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semuaa...hari ini ehin nak share 1 benda yang ehin rasa dalam diri ehin sekarang...adoii ehin tak tahu la kenapa sejak 2 3 hari ni mood ehin macam tak betul je,,asyik nak marah je..pantang ada something yang x kana mesti ehin nak temper...adoi..memang tak boleh nak tahan la...

semalam afiq kena sembur dengan ehin..kecian dia..yela dia mintak tolong elok-elok ehin plak boleh tengking dia...sayang,i'm so sorry i didnt meant it..memang tak sengaja..tapi nasib baik la dia ok..tak ada pula nak marah ehin semula..dia just tanya ehin elok-elok...

kenapa la dengan ehin ni ye..nak kata bendara naik memang tak naik naik pun..yang naik nya angin ehin dan tahap kepanasan hati ehin...arrgghhhh tension pulak..dengan jerawat yang tiba-tiba naik kat pipi..bukan kecik pulak tu besar kot..tension tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah apa kena dengan ehin ni??tolong la kawan-kawan...ehin sendiri macam tak dapat nak handle diri sendiri...rasa macam nak gila ni....kesian dekat orang yang tak bersalah,yela nanti tak pasal-pasal kena sembur...tapi setakat ni yang kena sembur afiq sorang je..orang lain ehin just tarik muka..

kepada afiq zhafran..
saya betul-betul minta maaf semalam...
saya memang tak ada maksud nak marah awak...
memang tak ada niat..tak tahu la kenapa..
yela dengan line hp tak ok,
dengar pulak sangkut-sangkut..
saya minta maaf ye,

so kepada kawan-kawan,kalau ehin ada termarah korang ehin minta maaf k...

Tuesday, March 29, 2011

Terima Kasih Kawan

Assalamualaikumm...haii semuaa..adess macam lama je tak update..(padahal baru 1 hari)...ehehehhe


harini ehin dah buat gila..adoii mana tak nya malam semalam memang ehin tak tidur lansung..pagi tadi dalam pukul 7 baru ehin tidur...huhuhu..pagi tadi mood ehin sedikit tercalar.tapi tak apa ehin boleh handle..dan sekarang ehin punya mood dah ok...

bila ehin bangun tidur tadi (kul 5 kot) member bilik ehin tanya alamat blog ehin..ehin pun macam pelik la..kenapa la budak ni tetiba mintak url blog ehin..ehin pun bagi la.yela mamai lagi kan...dah bagi dia ehin pun buat la apa yang patut dan ehin pun on9..macam biasa ehin akan buka fb dan baru la on blog ehin....

mula-mula ehin buat blog walking dulu..tengok entri member-member bloger..gelak sorang-sorang dulu baru ambik tahu pasal blog sendiri..huhuhu..ehin terbaca entri blog kawan ehin yang sorang ni,dia say thanks dekat ehin..alamak terharunya..ala beb,aku bukan tolong apa pun so tak payah la sampai nak ucap terima kasih..tapi aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong promote blog aku.. :)

ok ehin nak cerita,setakat ni ehin dah tolong dekat 10 member pasal blog..ye ehin tahu blog ehin pun belum sempurna tapi disebabkan kawan-kawan ehin minta tolong,so ehin dengan rela hati untuk menolong..di samping dapat tolong kawan-kawan,ehin boleh explore benda yang ehin tak tahu..best best..

ala korang tak payah ucap terima kasih...benda kecik je..kita kongsi ilmu sama-sama..tak guna ada ilmu tapi kedekut..sebab ilmu ni makin kita kedekut,dia jadi makin sikit...ehin just dapat 1 kepuasan bila dapat tolong kawan-kawan.....

ehin pun bukanlah blogger yang hebat seperti Ben Ashari,Beatiful Nara, Sekamar rindu dan yang lain-lain..ehin ni masih lagi merangkak dan masih baru...tak sampai 5 bulan ehin berblogger..banyak benda yang ehin perlu belajar...jadi ilmu sedikit yang ehin ada,ehin gunakan untuk menolong rakan-rakan yang sama dengan ehin...

apa-apa pun sharing is caring..thanks kepada kawan-kawan yang bagi kredit dekat ehin.yang letakkan url ehin kat blog,yang letak pic ehin kat blog,yang buat entri pasal ehin kat blog,ehin ucapkan ribuan terima kasih..sayang korang ketat-ketat dan sendat-sendat....tanpa korang siapalah ehin....terima kasih sangat-sangat....

Sunday, March 27, 2011

soal jawab tentang saya

Assalamualaikumm...haii semua.....
harini ehin naj buat soal jawab tentang saya....benda ni ehin copy dari 1 laman web..jadi ini adalah masa yang sesuai untuk anda mengetahui siapa ehin..

jom kita check!

Nama dalam sijil kelahiran: Nurfarahin binti Ibrahim
Nama panggilan di rumah: Along, Ya, Farah
Tarikh lahir: 10 April 1990 ( jangan lupa bagi hadiah )
Tempat lahir: Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Zodiak: Aries
Taraf pendidikan tertinggi: Diploma ( Tengah belajar lagi sekarang ni )

Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?: Sudah tentu ada.. sebab ehin nak jadi role model terbaik untuk adik-adik ehin

Impian/cita-cita yang sudah terlaksana: Menjadi seorang pelajar IPT dan bercakap depan orang ramai

Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?: Nak bagi duit tiap-tiap bulan dekat parent (tunggu dah kerja nanti),nak jadi artis a.k.a penyanyi (minta-minta tercapai) aminn....

KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa): KRU sebab kalau boleh nak jadi macam diorang anak melayu yang berusaha untuk melebarkan sayap keluar negara...

Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa): Hujan..bilaa aku sudah tiadaa.....lalalalalaal...

Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa): Britney Spears,suka tengok dia menari..badan dia meletop!

Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?: warna-warni

Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?: Chocolat celup celup..heheheheh

Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?: Dapur, depan TV

Pernah berjalan dalam tidur?: memang tak pernah..

Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?: Pernah :(

Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?: No comment

Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini: Percayalah-siti nurhaliza

Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari: Air

Anda ada berapa pasang kasut di rumah?: 3 (bukan yang gila shopping) ehin akan beli kasut baru bila rasa perlu

Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?: ehin memang tak akan sorok..gila ke?? binatang ni kan haiwan terpelihara..tak sanggup nak kena bayar saman sebab sorok binatang ni

Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000?: Adess gila bapak lama....kenapa tak tanya yang tahun 1994 punya je??eeheh

Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?: Pokok Kaktus ( comel tapi berbisa )

Sudahkah anda berteman/berkahwin?: Belum lagi...

Bercuti di pulau atau bermain salji?: Bermain salki ( walaupun ehin ni tak tahan sejuk )

Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda?: Tak pernah sebab memang tak minat bela haiwan

Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…
1.    Order
2.    Bayar
3.    Makan

Primadona Melayu paling anda kagumi: Saloma

Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati: P. Ramlee

Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?: Bila teringat zaman sekolah dan teringat masa bersama MR MAZ

Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan: Belajar untuk tidak pendam perasaan

Perkara paling sweet tentang kawan baik anda: Selalu ada bersama ehin time ehin susah dan senang. 



tu la serba sedikit tentang ehin...tataa......salammm

Saturday, March 26, 2011

Kecewa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ehin nak meluahkan rasa terkilan dan kecewa ehin terhadap segelintir masyarakat malaysia yang seperti tidak peka dengan keadaan semasa...hari ini tepat jam 8.30 malam kita disarankan untuk bergelap selama 1 jam demi menyelamatkan bumi..

1 jam je..tapi ada yang tidak mahu menyertai kempen ini..lebih malang lagi ada seperti yang tidak mengendahkan kempen ehin...sedih dan sangat kecewa..inilah masyarakat kita..jika ada konsert pasti ramai yang akan menyertainya..tapi kenapa kita tidak mahu menyahut seruan ini...

janganlah kita menjadi masyaratkan yang hanya sedar bila sudah terhantuk...waktu tu memang tidak ada guna..bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna....kita sepatutnya menyahut seruan ini dengan bersemangat kerana bumi kita ini bukan untuk digunakan oleh kita tapi kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang..

ehin nak anda semua fikirkan baik dan buruk kempen ini...kepada yang turut menyahut kempen EARTH HOUR ehin ucapkan tahniah atas kerjasama dan kepekaan anda terhadap bumi kita..kepada yang terlepas atau melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan kempen ini,ehin harap tahun depan anda sertai...

sekian..

Friday, March 25, 2011

Kemungkinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semuaa...

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar...hari ini akan berlangsung perkhemahan ke Gunung Ledang selama 3 hari 2 malam..tapi ehin tak dapat menyertai aktiviti tersebut..agak kecewa tapi tentangan dari seorang ibu perlulah kita patuhi..kalau sebelum ini,mama ehin tidak pernah menghalang ehin untuk melakukan sebarang aktiviti tetapi pada kali ini mama ehin tidak membenarkan ehin...

tapi tak apalah..kepada para peserta ke Gunung Ledang,ehin ingin mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang..semoga Allah melindungi kalian semua...selamat mengembara dan menikmati keindahan alam...have fun tapi jangan lupa kita berada di tempat orang,jaga diri masing-masing..

kemungkinan.....ermm lepas ini ehin berkemungkinan akan susah untuk melayari internet..ini kerana tahap security internet di tempat ehin telah ditingkatkan..ehin terpaksa menggunakan ID dan Password yang perlu diambil di pejabat..ehin ni memang liat untuk ke pejabat...yela kita perlu berpakaian formal dan kemas...

ermm ehin pasti akan merindui blog ehin...kepada kawan-kawan tolong tengokkan blog ehin ekk..huhuhuhu...tapi ehin akan berusaha untuk mendapatkan password dan id bagi membenarkan ehin melayari internet..

ok la semua..babaii dan assalamualaikumm...

Rockmelt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wahh jam ehin kul 2 lebih..huhuhu tapi mata ehin still lagi x mengantuk...ehin tgh try 1 web browser yang ehin baru download..adess ehin ni memang dah tak ada keja lain asyik nak install web browser je...

ok pada sesiapa yang tak tahu apa tu web browser tu sila angkat tangan..meh ehin nak terangkan secara ringkas...web browser merupakan pelayan web..web browser menjadi perantara antara server dan client...contoh web browser yang biasa digunakan ialah Internet Explorer (IE),Mozilla Firefox (MF),goggle chrome dan lain lain...

macam ehin ni,ehin dah install lebih dari 3 web browser..ehin ada mozilla,goggle chrome,opera dan paling latest ehin masukkan rockmelt..dalam lappy ehin memang ehin tak masukkan IE...ok berbalik pada tajuk..

ehin nak cerita sikit pasal rockmelt..bagi ehin,rockmelt ni senang digunakan bagi mereka-mereka yang menggilai laman sosial..contohnye twitter dan facebook..memang syok la..ehin nak terangkan pun susah..

ni keadaan fb klau bukak pakai rockmelt..yg ke tepi tu senarai kawan yang on9..

yang kecik tu kotak chatting dan yang besar tu kotak notification..
kalau kita tengok interface rockmelt dan goggle chrome memang tak banyak beza...rockmelt ni memudahkan mereka yang suka berchatting di fb..kira senang la..

oklah kalau korang nak tahu apa yang best lagi tentang rockmelt ni,apa kata korang download and try sendiri..

p/s::ehin sekarang tengah nak try download flock..dengar-dengar flock pun syok jugak...

Thursday, March 24, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca..


haii semua..kali ini ehin nak share dengan korang 1 perkara...sedang ehin melayan facebook,tiba-tiba ehin menjumpai 1 event yang akan dijalankan di dunia...mungkin ianya bukanlah sebesar sukan asia atau sukan komanwel tapi bagi ehin acara ini memberi kesan kepada bumi kita...nak tahu acara apa?? banda ini diberi nama EARTH HOUR.. nak tahu apa itu earth??meh ehin nak share sikit apa yang ehin dapat..

Earth hour telah bermula pada tahun 2007 di Sydney Australia..pada ketika ini 2.2 juta orang dan 2000 perniagaan telah bersepakat untuk mematikan lampu selama 1 jam akibat perubahan iklim..pada tahun kemudiannya earth hour telah menjadi sebuah gerakan global..lebih dari 50juta orang di 35 buah negara menyertai earth hour ini..

pada Mac 2009,beratus-ratus juta orang telah mengambil bahagian dalam earth hour ketiga.lebih dari 4000 bandar di 88 negara secara rasmi mematikan lampu untuk memberi sokongan kepada aktiviti ini.ini.

pada hari sabtu 27 mac 2010,earth hour menjadi earth hour terbesar pernah diadakan.sebuah catatan 128 negara dan wilayah bergabung dengan paparan aksi global iklim..iconic bangunan dan landmark dari Asia Pasifik ke Eropah dan Afrika ke Amerika dimatikan.orang di seluruh dunia dari semua lapisan masyarakat mematikan lampu mereka dan datang beramai-ramai dalam acara ini.

pada tahun ini,acara ini sekali lagi akan berlangsung..earth hour akan berlangsung pada 26 mac jam 8.30 (waktu setempat).jadi apa kata kita semua bergabung untuk menjayakan aktiviti ini..hanya 1 jam kita bergelap tetapi apa yang kita lakukan itu adalah untuk perjalanan global pada masa depan yan berterusan...

sekian....

GasTriK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haii semua...kita berjumpa lagi kali ni...ermm kali ni ehin nak bercakap pasal gastrik...ehin percaya ramai yang mengidap gastrik dan ada jugak yang pura-pura mengidap gastrik..(terutama bulan puasa)  kalau nak tahu ehin pun antara seorang dari pengidap gastrik..ehin mula kena gastrik kalau tak salah semasa berumur 11 tahun...darjah 5..sebab waktu darjah 5 ehin memang jarang makan..sibuk dengan hal-hal sukan..masa tu ehin memang abaikan makan..kalau tengok badan ehin memang sekeping time tu..sekarang je bertambah besar..dah jadi macam mak gajah...ehheehhe...(tak apa janji comel) hihihi...dah banyak ehin merepek..ehin nak share sikit info yang ehin baca pasal penyakit gastrik ni..

gastrik merupakan penyakit keradangan pada dinding perut yang mempunyai rawatan efektif...biasanya kerdangan ini berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (bukan helikopter ekk) yang turut menjadi punca utama penyakit ulser perut..kalau nak tahu apa tu bakteria helicobacter pylori korang cari sendiri k.lemak la semua ehin nak kasi..korang tanya mr google...


korang nak tahu tak??perut seorang manusia dewasa boleh menampung sehingga 1 gelen makanan dan minumaman..perghh banyak tu beb...kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencerna makanan..salah satu asid yang ada dalam perut kita adalah asid hidroklorik..asid ni sangat kuat tau..dia boleh melarutkan besi dan bersifat kakis..kalau tak percaya,buka buku kimia...walaupun asid ini berada dalam perut kita,tapi tahap keasidan dia tak terlampau tinggi kerana mukus telah menyimbangkan asid tersebut...

haa tu la serba sedikit mengenai gatrik yang ehin nak share dengan korang...kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh tanya doktor,atau korang boleh terus tanya mr google..

Wednesday, March 23, 2011

KaMu Si PeNiRu

Assalamualaiakum dan salam sejahtera...

haii semua....kali ini ehin nak cerita pasal si peniru or mr/ms copy..huhuhu...korang pernah tak terasa yang diri korang ditiru oleh orang lain?tak kira la dari sudut apa pun..pakaian,percakapan,perbuatan dan lain-lain....ehin pernah dan sedang mengalami benda yang menjadi topik kepada entri kali ini...

ehin tak tahu la apa yang ehin fikirkan ini salah atau memang niat si dia menghendap dan meniru apa yang ehin buat...tapi adakah ianya satu kebetulan jika pembawakan dirinya berubah apabila melihat kita?? itu yang menjadi persoalan di dalam hati ehin...

yang ehin perasan,si dia seolah-olah mahu menjadi diri ehin..adoii jadilah diri sendiri ok..tak payah nak tiru orang..bagi ehin penatlah nak tiru-tiru orang ni...macam apa je asyik meniru orang...apa yang ehin buat,dia akan buat,apa yang ehin pakai,dia akan pakai..adoii semak la..ehin tak kesah kalau nak tiru ehin tapi beragak la..ni sampai orang cakap ehin yang tiru dia..

eh hellooo saya,nurfarahin a.k.a ehin memang tidak suka mencedok atau meniru orang lain..bagi ehin,ehin adalah ehin..kalau ada pun nak meniru,beragak la...jangan la tiru 100%..jangan la copy sebijik...nak cedok idea pun jangan la ambik sepenuhnya...ambik sikit dan ubah la mengikut idea engkau...

ok lah ehin stop sampai disini..kepada mereka yang terasa dengan penulisan ehin kali ini,ehin menyusun 10 jari dan memohon maaf...

TenSioN DeNgAn BloG SeNdiRi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haii semua apa khabar anda pada hari ini...harap anda semua sihat dan bahagia..kepada yang sakit tu,jangan lupa makan ubat dan ehin harap korang bersabar dalam menahan kesakitkan kerana sakit itu adalah penyembuh dosa kecil..

aduh apa kena lah dengan ehin ni..sejak 2 3 hari ni ehin punya mood macam  tak menentu..yelah ada je yang tak kena...mesti nak marah je...Ya Allah,Engkau lindungilah aku dari godaan syaitan YA ALLAH...hari ini ehin nak cerita pasal tekanan yang ehin hadapi..adoii tension betul la..ehin macam hilang mood nak menulis kerana ehin sendiri tidak dapat melihat dengan sempurna keadaan blog ehin...

yang ehin nampak blog ehin seakan-akan kosong dan suram..ehin tak pasti adakah ini disebabkan line internet ehin yang tidak kuat atau lappy ehin tidak mempunyai software yang membenarkan background blog ehin berfungsi dengan baikk..korang nak tengok tak apa yang ehin nampak apabila ehin melihat blog ehin??ni ehin ada print screen wall ehin..


haa tengok tak ada background kan??adoii kenapa la ekk..dekat u all punya lappy,ehin punya blog ada background tak??haa ehin sekarang dalam prosen nak belajar cara untuk membina atau membuat header...hhuhuhu....
oklah semua sampai disini sahaja untuk kali ini..nanti ehin update lagi..tata..
assalamualaikum...

Tuesday, March 22, 2011

BeNganG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

haii semuaa..dah berapa hari tak update apa-apa..yela rasa macam tak ada idea nak menulis...harini ehin nak cerita pasal kebengangan ehin...nak tau apa yang buat ehin bengang???

ehin pelik dengan segelintir manusia yang berada dalam dunia maya ni..kawan-kawan dekat laman sosial..tak kiralah facebook ke,hi5 ker,myspace ke, diorang ni macam tak alert..nak tahu kenapa ehin cakap macam tu??ok dekat profile kita macam-macam dah kita tulis untuk bagi sedikit maklumat tentang diri...

contoh yang biasa ada dekat profile mestilah nama kita,umur kita,pekerjaan kita,tempat tinggal kita n status hubungan kita..betol tak??so kita dengan bersusah payah nak terangkan sedikit tentang diri kita...tapi bila diorg add kita,boleh pulak tanya soalan yang sama..ehh hello,korang tak baca dulu ke info sebelum korang add orang??

ni yang buat ehin marah ni..haa lagi satu,bila dah add,bila chatting or borak mesti akan tanya soalan yang sama.seolah-olah tak pernah kenal sebelum ni..macam tak pernah chatting sebelum ni..bukan la semua jenis macam ni tapi ada segelintir...

ermm ehin tak nak ulas panjang..nanti cakap ehin ni berlagak la apa la..tepuk dada tanya selera...
assalamualaikumm

Sunday, March 20, 2011

SuperMoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

terima kasih kerana sudi singgah di blog ehin ni... kali ni ehin nak cerita tentang 1 fenomena alam yang berlaku semalam...sebenarnya ehin agak kecewa yela sebab ehin tak dapat melihat kejadian ni...memang semalam ehin tidur lewat..dalam pukul 5.30 pagi tapi ehin tak berpeluang untuk melihat fenomena ni...rugi betul...ermm tak apa la...

pada malam semalam 1 fenomena telah berlaku di seluruh dunia..fenomena ini dipanggil SUPERMOON...ape tu supermoon??macam mana ia berlaku??macam mana kita nak tahu tu supermoon atau tidak???persoalan tu mesti bermain dalam fikiran korangkan??betol tak??tapi sebelum tu sapa yang dapat tengok supermoon semalam ehin nak ucapkan tahniah la..untung la korang sebab dapat tengok,ehin ni just dapat cerita je...ok sekarang kita cerita tentang apa itu supermoon??jom ehin ceritakan..

supermoon adalah istilah yang diberi oleh ahli astrologi untuk menggambarkan keadaan bulan penuh ketika bulan berada dalam kedudukan yang terdekat dengan bumi..pada ketika ini jarak bulan dengan bumi sekitar 10% atau kurang dari jarak lintasannya dengan bumi..ia berada kira-kira 221 567 batu dari jarak bumi..dikatakan apabila berlaku kejadian ini,pelbagai bencana alam yang besar akan berlaku..Allahualam la..tu semua ketentuan Allah,hanya Dia Maha Mengetahui...

nak tengok macam mana bentuk supermoon???

ni la bentuk bulan supermoon



cantik tak??ada tak ala-ala cite serigala??hehehhee.... jom sambung info sikit.supermoon ini bukanlah kali pertama berlaku,ia pernah terjadi sekitar tahun 80 an..untuk pengetahuan semua,kejadian ni berlaku setiap 18 tahun..tapi fakta ni ehin tak tahu la betul atau tidak,ini just apa yang ehin dapat dari pembacaan ehin..

oklah sampai disini untuk kali ni.apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca dan Assalamuaalaikumm

Saturday, March 19, 2011

SeLaMaT PaGi MaLaYsiA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua!!!

hi semua!! diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat..hari ni ehin bagun awal..yess semalam ehin berjaya tidur awal.kalau tak salah ehin,dalam pukul 12 ehin dah tidur..eheheh..best sangat-sangat..pukul 6.30 tadi ehin bangun....wahhh segarnya.....



ehin harap hari ini akan berjalan dengan lancar semoga sabtu yang indah ini memberi seribu rahmat kepada kita...yeezzzaaaaaaaaaaaaa!!..hari ini ehin dapat mendengar bunyi kicauan burung dan dapat lihat matahari terbit..cantiknya ciptaan tuhan...



Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana ehin dan anda semua diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan hidup pada pagi ini...seronok sangat...ehin nak kosongkan otak dan nak muhasabah diri ehin..bagi ehin,kita akan lebih bahagia apabila kita bersyukur dengan apa yang ada....

hari ni ehin nak siapkan laman web ehin..minta-minta idea hari ni datang mencurah...dah blurr otak semikirkan idea untuk laman web tu..huhuhuh....semoga hari ini membawa kebahagiaan...

ok sempai disini....Assalamualaikum... peace no war!!byeeeeeee!!!


Friday, March 18, 2011

KeGiLaAn SaYa

Assalamualaikumm dan salam sejahtera...

haii semuaa apa khabar??harap anda semua berada dalam keadaan baik..hari ini ehin nak santai je.ehin tak bawa topik yang berat untuk di tulis...

kegilaan saya?ermm apa ekk???opss sebelum tu korang perasan tak ehin da buang lagu kat blog ehin...ni untuk menyesuaikan entri kali ini dengan tajuk....huhuhu

sebenarnya ehin nak upload 1 video..video ni dah lama kawan ehin rakamkan tapi tadi waktu ehin buka semula ehin punya memory kad handpone,ehin terjumpa semula video ni.bila tengok video ni ehin teringat zaman nakal-nakal ehin dulu..oppsss ni bukan bermaksud ehin tak nakal sekarang,nakal jugak tapi dah kurang la sikit..huhuhuu...

apa-apa pun jom layan dulu video ni..sorry la ekk kualiti video ni kurang..ni just for fun..kalau tak suka tak apa..hehhee..tapi awas kalau anda mempunyai sakit jantung,kencing manis or ibu mengandung anda dilarang menonton..heheheheh....(saja je propa sikit) (*_*)

haa dah tengok ker??amacam??tak adalah best sangat pun...sekadar nak share je dengan korang...yang mimming tu kawan ehin.nama dia alip..kitaorang kenal masa ehin pergi audition AF..suara yang nyanyi tu suara ehin..wakkakakaka.....sorry ye yuna ehin dah rosakkan lagu yuna..hihihi..

haa agak-agak korang,boleh tak ehin jadi penyanyi..hihihihi...(soalan gedik!) time ni kitaorang rakam dekat pantai..yang bunyi background tu kawan ehin jugak yang buat dengan tujuan untuk mengganggu konsentrasi kami...sebenarnya ehin memang dah ketawa time ni tapi cover..hhuhuhu...

oklah semua..nanti kalau ada masa ehin upload lagi...

p/s:kepada peminat yuna ehin minta maaf ek...hehehehe

Thursday, March 17, 2011

MaLas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semua..hari semalam ehin tak publish apa-apa entri pun dalam blog ni..sebenarnya ehin dah taip tapi ehin rasakan idea yang ehin sampaikan seperti tidak mencukupi isinya..jadi ehin simpan dahulu sehingga hari ini..dan tadi ehin telah pusblishkan entri yang ehin simpan semalam....

sedang ehin duduk didalam perpustakaan kolej ehin ni,ehin memerhatikan keadaan disekeliling...ermmm...lengang dan kosong..mana perginya pelajar..mungkin sudah pulang ke pangsapuri masing-masing..tiba-tiba ehin terfikir untuk menulis entri mengenai malas..

sebenarnya ehin bukanlah seorang yang tergolong dalam golongan rajin..buktinya??kalaulah ehin seorang yang rajin sudah tentu ehin akan berjaya dalam setiap peperiksaan semesta.so entri kali ini ehin anggap sebagai satu motivasi atau pendorong kepada ehin untuk menjadi seorang yang lebih baik..

ehin masih ingat kata-kata mama ehin..katanya malas ni adalah sejenis penyakit..orang yang mempunyai sikap malas ni sebernya tidak mempunyai kesungguhan dalam mencapai matlamat yang diimpikan..orang yang berjaya dalam apa yang diidamkannya sebenarnya manusia yang berjaya melawan sikap malas mereka...tapi ehin ni tak tahu la bila nak berjaya melawan sikap malas sepenuhnya..ermmm

kalau kita perhatikan,malas mempunyai beberapa katogeri...

1.MALAS MEMBACA
malas membaca sebenarnya 1 sikap yang sangat rugi...sebab dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu kita...kebayakkan ilmu yang kita perolehi adalah dari sikap membaca...
dalam ayat pertama Al Quran iaitu surah Al Iqra iaitu "bacalah dengan nama tuhan yang mencipta"..disini sudah jelas terbukti membaca adalah satu yang dituntut dalam agama Islam..tanpa membaca rosaklah negara dan runtuhlah iman..

2.MALAS BERFIKIR
ermm bagi ehin ini yang berat...kalau sudah malas berfikir susah la..manusia perlu berfikir dalam setiap tindak tanduk yang kita ambil..tapi kalau dah malas berfikir memang susah...janganlah kita bazirkan neuron yang telah dianugerahkan kepada kita..kita kena gunakannye sebaik mungkin....apabila fikiran kita tajam,maka neuron yang berada didalam otak kita akan aktif bekerja..

3.MALAS BERUSAHA
ni yang paling penting..kalau kita pandai tapi kita tak berusaha memang tiada guna..sama juga kalau kita kaya tapi malas untuk menambahkan harta kita...emm ni memang parah..so kita kena sentiasa berusaha supaya apa yang kita hajatkan tercapai..tapi berusahalah dengan cara yang baik bukan dengan menindas orang lain...

so akhir kata ubahlah diri untuk kebaikan kita bersama...semoga apa yang kita buat mendapat keberkatan dariNYA..aminnn...

Pentingkan diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


haii semua....terlebih dahulu ehin nak ucapkan selamat hari lahir kepada kawan-kawan ehin yang menyambut hari lahir pada hari ni....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


harini ehin tiba-tiba dapat idea untuk menulis tentang PENTING DIRI..kalau dalam bahasa inggeris dipanggil selfish...kalau kita perhatikan orang yang berada disekeliling,pasti ada golongan ni  dalam komuniti kita...


kenapa perlu sikap pentingkan diri ni wujud dalam individu...bagi ehin sikap pentingkan diri ehin timbul apabila satu sikap tidak puas hati atau cemburu kepada satu pihak yang lain...sikap ni boleh di ibaratkan seperti virus dalam diri....


kita sebagai manusia yang duduk didalam satu komuniti yang besar seharusnya menghidari perasaan ini..macam mana nak hindari perasan ni??jom ehin share sikit dari apa yang ehin baca..

cuba tanamkan satu perasaan dalam hati " I love all human'.sikap selfish ni boleh dikikis kalau kita berusaha untuk peduli tentang orang disekeliling kita... 
hadith dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” (Muslim)

Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. 

Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita berpegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban...

so apa kata kita duduk dan fikir,adakah kita tergolong dalam golongan pentingkan diri atau tidak,.akhir kata selami diri dan hiasi peribadi.. 



Tuesday, March 15, 2011

Opss jangan kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

harini ehin dapat luangkan lebih masa dengan blog ehin..yela hari ni ehin bangun awal untuk ke kelas...adoii liat kot nak bangun....semalam dalam sejarah ehin tidur awal tapi macam biasa seawal manapun ehin tidur pasti dalam pukul 3 pagi ehin akan terjaga...adoii apo kono dengan den hi haa..dalam pukul 7 lebih ehin bangun...omak ai macam mano den tak sodar azan sobuh nih??sabar je la...sedar pun sebab my ucuk hantar mesej..dia suh call..wahh tu yang mata terus cerah.kikiki...gatai noo...

ok bukan tu yang ehin nak share dengan korang..tu mukadimah je..perghh panjang kot mukadimahnye...ehehehhee....nasib korang la kena baca...hehehehe..layankan jela ehin yang sebal ni..hihihi....ehin nak bercakap pasal mulut...

semua orang dalam dunia ni ada mulut..binatang pun ada mulut..apa tujuan mulut???sure la untuk bercakap kan??selain tu mulut juga digunakan untuk makan..tapi ada sesetengah dari kita tak pandai jaga mulut..ni bukan nak cakap pasal kebersihan mulut ekk..kalau nak tahu hal yang tu korang jumpa la pakar mulut or doktor gigi..lantak korang la kalau mulut korang bau bangkai sekalipun..ada ehin kesah??? actually kesah jugak tu pun kalau korang berhadapan dengan ehin la..hishh mana nak tahan kalau hongap busuk..wkakakaka...lalat pun boleh mati beb....



ok ok berbalik semula pada tajuk asal..memanglah mulut kita ni digunakan untuk bercakap tapi jangan sampai tersalah cakap..haa kesian kat badan nanti..tak pasal-pasal kena tibai..adusss sakit woo....kita kalau nak bercakap kena la ikut macam pepatah ni

cakap siang pandang-pandang
 cakap malam dengar-dengar

kalau kita ikut pepatah tu sure la kita selamat..Insya Allah di dunia dan akhirat....memang la ehin pun jenis mulut lepas tapi kita kena la tengok situasi dan tempat..jangan nak main sembur je..haa nanti timbul pulak kontroversi..sape nak tanggungjawab dek noi oii??mak nak jawab ker???penat nanti...

ha lagi 1 jangan la selalu gunakan mulut and lidah kita ni dengan menyebut benda yang bukan-bukan...contoh b***,****mak,lan*** dan yang sama waktu dengannya...sorry la kena tapis sikit..bahaya....apa kata kalau kita amalkan zikir..haa kan baik tu..kalau dalam kesusahan or kesulitan baik la sebut perkataan-perkataan zikir...sure hati jadi tenang sikit...

kalau korang perasan la...kalau kita tengah emosi kita sebut nama-nama Allah,InsyaAllah hati kita akan tenang..tapi kalau kita mencarut dan memaki hamun,hati kita bertambah sakit..betul tak??so tukar la tabiat sikit..ehin bercakap ni bukan untuk korang je ni pun untuk peringatan kepada diri ehin juga.yela 1 jari menunjuk kearah orang,4 jari lagi menunding kearah kita..betul tak??


so apa kata kita ubah sedikit tune mulut kita ni...supaya badan yang tak bersalah tak akan binasa..akhir kata jaga mulut,jaga lidah InsyaAllah semua akan menjadi indah..


Assalamualaikumm...
 

Monday, March 14, 2011

Persendakan Hal Agama

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Sebenarnya hari ini kelas ehin mengadakan 1 perbentangan untuk subjek Pendidikan Agama.. Walaupun subjek tersebut bukanlah subjek teras di dalam kos kami tapi sebagai seorang yang beragama Islam,kami di wajibkan untuk mengikuti kelas tersebut.. Berbalik kepada pembentangan hari ini,ehin cukup berbangga melihat rakan-rakan ehin bersusah payah untuk memberi penerangan tentang tajuk yang mereka bentangkan... memang kami budak-budak jurusan IT tapi ehin terkilan dengan segelintir pelajar lelaki yang seperti tidak menghormati agama sendiri dan memperkotak-katikkan hal-hal berkaitan agama..

pada awal perbincangan bagi ehin tidak timbul sebarang isu kerana kumpulan pertama dan kedua kelihatan sangat profesional.tapi apabila giliran kumpulan ketiga melakukan pembentangan ehin sedikit berasa tersentak.. Mereka menerangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.. Dan ehin melihat mereka seperti tidak mencerminkan diri mereka untuk melakukan pembentangan....apabila mereka menyentuh beb keruntuhan akhlak seperti sumbang mahram,seks bebas dan seks songsang.mereka kelihatan seperti mempersendakan hal ini...

itu belum dilihat apabila mereka bercerita tentang gejala merempit...sejujurnya ehin seperti tidak sanggup mereka yang tidak ubah seperti badut...mereka terkinja-kinja yang melalak-lalak di hadapan kelas...sungguh memalukan..ini tidak sama sekali menunjukan mereka seorang yang profesional dan tidak layak dipanggil pelajar IPT..

jikalau benar sekalipun ada diantara mereka terlibat di dalam gejala yang tidak bermoral ini,kenapa perlu ditunjukkan semasa pembentangan tersebut??mana hilangnya rasa hormat kepada pensyarah yang berada dibelakang yang sedang menilai hasil kerja anda??apa relevennya membuka pekung dan aib sendiri??terasa hebatkan berperangai sebegitu??

satu lagi perkara yang menyebabkan ehin tersentak dan tertanya-tanya apabila salah seorang dari ahli kumpulan mereka menyebut ALLAH SALLA'LAH ALAI'HI WASSALAM!! Subhananallah!! terasa ingin menangis ehin mendengarnya..sudahlah menyebut salah,perkara tersebut dijadikan bahan gelak ketawa...Ya Allah apa sudah jadi dengan remaja sekarang???kesalahan sebutan itu bukan sekali tetapi berkali-kali...malunya ehin bukan kepalang...padahal pada slide show sudah tertulis Allah SWT...mengapa jadi begitu???

dalam hal ini kita perlu salahkan siapa??ehin terasa malu melihat gelagat mereka sebegitu... Ya,ehin sedar ehin bukanlah seorang yang arif dalam berkata-kata mengenai agama.tapi tidakkan kita sedar apa hukumnya kita mempersendakan agama???Ya Allah...ehin betul-betul kecewa dan sedih melihat aksi sedemikian....

bagi mereka yang terasa dengan entri ehin kali ini ehin mohon maaf..ini sekadar luahan isi hati ehin....
oklah sampai disini untuk kali ini...Assalamualaikumm

Segmen BEN ASHAARI SOAL CINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melawat blog ehin yang tak seberapa ni... Sebenarnya ehin baru je balik dari kolej.Haa macam biasalah ehin ada on lappy and jalan-jalan dekat blog orang..so ehin minat nak sertai segmen dalam 1 blog ni... blog Abg Ben...so check it out jawapan kepada soalan yang dia berikan..

1.LELAKI pilihan anda 

Lelaki pilihan ehin mestilah yang macam kamal Adli..hehehhee..adess over la pulak..ok2 ehin serius,lelaki pilihan ehin cukuplah seorang yang boleh menerima diri ehin dan famili ehin seadanya....Rupa paras tu pakej je..Tapi dia mestilah berakal sihat dan yang paling penting boleh membimbing ehin ke jalan yang betul bukan ke arah yang songsang...


2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki seksi??ermm bagi ehin setiap manusia tu dah dilahirkan dengan keseksian tersendiri..so depends la pada individu yang menilai..bagi ehin lelaki seksi apabila dia boleh bertolak ansur dengan wanita dan tahu apa makna MENGHARGAI dan MENGHORMATI wanita..


3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Haa soalan ni bagi ehin memang susah ehin nak jawab..jap-jap ehin fikir ekk....

ermmmmm.....ehin tak rasa lelaki hanya berkorban sebelum memiliki cinta wanita sahaja..ini kita dapat tengok dalam famili kita..walaupun ayah kita dan dapat cinta dari mak kita tapi dia sentiasa berkorban untuk kebahagian mak kita..betul tak??? (^_^) dalam konteks cinta tak akan pernah ada istilah berkorban sebelum dapat dan selepas dapat..tu pendapat ehin la ekk..


4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Bermadu?? memang tak akan ada yang sanggup bermadu..mana boleh share beb..memang la sharing is caring tapi bab cinta tidak sama sekali....oh nooo!!!!punca tak sanggup bermadu,tak ada ada manusia boleh membahagikan kasih sayang sama rata dalam dunia ni..lagipun kasih sayang ni satu benda yang abstrak yang kita tak nampak...kita tak akan tahu sebanyak mana sayang dia pada kita...rasa sayang tak boleh ditimbang macam harta..so mesti akan ada rasa terlebih sayang pada pihak lagi satu.. (*_^)


5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain, apakah yang akan anda lakukan?

first ehin akan selidik terlebih dahulu supaya tak tersalah serang..ehehhe....
yang kedua ehin akan berusaha untuk dekatkan diri ehin dengan kekasih baru teman lelaki ehin tu..yela nak tahu apa istimewanya dia sampai kekasih ehin memilih dia...
ketiga ehin ada berjumpa 6 mata..means ehin,kekasih ehin dan awek baru kekasih ehin..
keempat kalau si dia tetap memilih awek baru,ehin akan terima seadanya sebab ehin pegang pada 1 etika, "bercinta tak semetinya memiliki".maybe dia bukan yang terbaik untuk ehin.. 

6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Jawapan ehin mudah je,tepuk dada tanya selera,
duduk sorang sorang dan fikir guna akal sebab zaman sekarang ni lelaki dan perempuan sama je...


7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta? Apakah buktinya??

Setia..its complicated....bila dah sayang sama-sama akan setia..tu yang penting..jantina bukan ukuran untuk menilai tahap kesetiaan seseorang...


8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

yupp saya mengaku saya seorang yang mudah cemburu..orang yang tak cemburu orang yang tak ada perasaan...

haaa tulah sedikit sebanyak jawapan ehin kepada persoalan abg Ben..hehehe...berpeluh jugak nak menjawab ni...hehehhe...
ok laa tata semuaa................