Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kepada semua rakan..
Dah lama ehin tak menulis apa-apa dekat blog ehin.. ehin
agak sibuk dan sengaja untuk menyibukkan diri agar ehin dapat melupakan apa
yang berlaku kepada ehin… u all pernah tak menyayangi orang dalam diam? Dan
tanpa kamu sedari yang kamu memang terlalu sayangkan dia?
Itu yang terjadi pada ehin.. ahahahha its funny right? Ni la
agaknya balasan pada diri ehin.. kalau sebelum ni ehin selalu melukakan hati
orang,sekarang hati ehin yang terluka.. ermm terluka ker? Ehin tak rasa tu
perkataan yang sesuai ehin gunakan sebab dia sendiri mungkin tidak merasai
kehadiran ehin di sisinya…
Bagi ehin dia seorang yang sangat baik dan terlalu baik
untuk ehin,mungkin kerana itu ehin tak berpeluang untuk singgah dalam hidup
dia… tapi ehin bersyukur,kerana ehin yakin yang ehin istimewa dalam diri dia..
dia pernah berjanji yang dia akan sentiasa berada di sisi ehin walau apa jua
keadaan.. dia juga pernah berjanji yang dia akan sentiasa menyokong ehin dalam
apa tindakkan ehin selagi tidak melampaui batas…
Sekarang ehin belajar untuk tidak terlalu berhubung
dengannya,tapi apa yang ehin lakukan ini hanya menyakitkan hati ehin… memang
ehin sangat merinduinya… setiap apa yang ehin buat,pasti akan terbit namanya di
bibir,pasti terlintas nasihat-nasihat yang pernah diberinya dalam ingatan…
Kami akan terus bersahabat baik dan akan terus menjalinkan
persahabatan. Ehin hormati keputusan dia, orang cakap hal hati dan perasaan
tidak boleh di paksa. Tapi percayalah selagi ehin mampu, ehin akan sentiasa
berada di sisinya… ehin akan sentiasa memantau pergerakan dia walaupun dari
kejauhan..
Gambar-gambar dia yang ehin pernah simpan,akan terus ehin
simpan… mesej-mesej yang pernah di
kirimnya masih lagi berada di dalam handphone ehin dan suaranya masih ehin
simpan di dalam lappy ehin.. lagu-lagu kegemarannya menjadi halwa telinga ehin
ketika ehin ingin melelapkan mata.. hahaha gila bukan? Tapi hanya ini pengubat
rindu ehin kepadanya… hanya ini ehin mampu lakukan supaya ehin tidak terus
menggangu hidupnya…
Ehin tidak mahu dia rasa tertekan dengan tingkah laku ehin,
apa yang ehin mahu adalah senyuman dan gelak tawa dari bibirnya… semoga dia
bahagia dan terus gembira….. walapun ehin menjauh tapi percayalah ehin sentiasa
ingat kamu…