Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Sunday, October 6, 2013

Erti

Sayang aku tak pernah kosong
Sebab aku ada jiwa
Jiwa yang ada dalam hati
Hati yang sentiasa
Selalu disakiti

Tapi aku tak akan berhenti
Biar aku mati
Asal kau tahu
Sayang aku sangat bererti

-EF-

Thursday, September 26, 2013

Dulu

Aku rindu kita yang dulu
mula mula belajar 
cara nak kumpul rindu
cara nak ucap sayang

sebab aku rasa
kau ikhlas nak aku
kau ucap memang dari hati
bukan dari bibir semata
sekadar berlakon
dan buat aku terluka

-EF-
kuantan

Hitung

Kau memang terbaik
waktu aku menghitung hari
untuk kita
aku rasa
jiwa kita makin jauh

aku sakit
aku rela kerana kau
kalau kau rasa
aku tak bererti
buang saja aku

biar aku berhenti mengira
hati aku tak seutuh dulu

-EF-
25.09.2013
08.45am
kuantan

Binasa

Detik dihitung
waktu dikira
bukan untuk aku
tapi untuk kita

semakin hampir
aku semakin terluka
bila hari menjelang tiba
hati aku mati terus binasa

-EF-
1.05 pm
samsung kuantan

Monday, September 16, 2013

Kosong

Bila detik jam dapat didengar
Tika angin dari kipas boleh berbicara
waktu itu semua kesunyian menyelubungi diri

dia tetap ingin menjadi dia
dan aku tetap mahu menjadi aku

keras beku dingin kaku 
berselang seli dalam ikatan ini
tapi kita masih mahu bersama

mengapa
adakah kerana kita takut
untuk sediri 
atau risau jiwa akan terbiar kosong

-ef-
2.16 pm
taman guru,kuantan