Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Sunday, May 4, 2014

Tanda tanya

Aku tak tahu
Kau benar-benar bodoh
Atau
Kau sengaja buat tuli

Atau engkau mahu
Uji rasa dalam diri


-EF-
Taman guru
08:13pm

Berdiri

Kalau aku boleh jadi burung
Pasti aku terbang tinggi
Lihat semua kepuraan manusia

Kalau aku boleh lari
Pasti aku lari
Dari semua rasa dalam diri

Bukan kerana aku takut
Pada bayang sendiri
Tapi aku risau
Aku tak mampu 
Untuk terus berdiri


-eihin-
taman guru
08.05.2014/08:08Pm

Tuesday, January 14, 2014

tahun baru

Tahun ini tahun baru
tapi aku masih yang dulu

terus melangkah menuju yang satu
ketepi biar aku lalu

 

Wednesday, January 1, 2014

baiki

Awak

kita mula dari awal ye,
mungkin kita boleh perbaiki
mana salah kita
apa silap kita

tak apa
perlahan perlahan kayuh
cuba baiki salah kita

asal kita sanggup
semua pasti boleh diubah

-ef-
1.1.2014,kuantan
8.56pm

Kawal

Aku ingin kita belajar
Cara kawal perasaan

Aku ingin kita belajar
Cara kawal emosi

Aku ingin kita belajar
Cara kawal diri

kerna

Hanya kita bisa kontrol
Apa yang kita mahu jadi
Jalan apa yang kita pilih
Hidup apa yang kita mahu