Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua...

hari ini genaplah 19.6.2011 dan tarikh ini merupakan satu tarikh bagi menyambut hari bapa..ermm sejujurnya ehin memang tak pernah tahu bila tarikh hari bapa dan sudah tentu la ehin tidak pernah meraikannya...

its doesn't meas yang ehin tidak menyayangi ayah ehin...ehin sangat sayangkan ayah ehin walapun hubungan kami mungkin tidak seperti hubungan ayah dan anak yang lain...mungkin ini berpunca dari diri ehin sendiri...

sejak dari kecil ehin tidak begitu rapat dengan ayah ehin..ehin seolah-olah kaku ketika berada bersamanya..semua orang mengenali ehin mengakui yang ehin seorang yang talkative dan seorang yang tidak kering idea untuk berborak tetapi apabila ehin bersama ayah ehin,begitu sukar untuk ehin berbual dengan ayah ehin seperti mana ehin berbual dengan orang lain...

jurang pemisah antara kami telah lama terbina..ianya terbina tanpa kerelaan hati ehin...terus terang ehin katakan yang ehin sangat mencemburui adik-adik ehin..mereka mendapat perhatian yang lebih dari ayah ehin..tidak seperti ehin...kadang-kadang hati ehin di cuit rasa rindu untuk di manja oleh seorang ayah..yela walaupun sudah meningkat remaja,tetapi mereka masih lagi dapat merasai kehangatan pelukan seorang ayah,ciuman sayang seorang ayah..tapi ehin,tidak pernah merasai semua itu....tidak pernah sama sekali...

ehin terima semua ini dengan hati yang terbuka..ini dugaan hidup untuk ehin..mungkin ini cara abah mengajar ehin untuk menjadi kuat,cara untuk berdikari,cara untuk mematangkan diri tanpa bergantung pada orang lain...

abah,
walaupun abah tak pernah mencium ya,walaupun abah tak pernah memeluk ya,walapun abah tidak pernah memanggil ya dengan panggilan "ya" seperti ahli keluarga yang lain,ya tak kisah...ya terima semua itu...ya nak ucapkan terima kasih kerana membesarkan ya,menyayangi ya,terima kasih kerana memberi ya sebuah keluarga...
ya sayangkan abah sepenuh hati ya...walau apa pun abah tetap abah ya..tak ada yang lain...
semoga abah di panjangkan umur,dimurahkan rezeki..
aminn

Thursday, June 16, 2011

kini kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hii semua..kali ini ehin rasa ehin akan kembali aktif dengan blog ehin..agak lama ehin menyepi dan mendiamkan diri dalam dunia maya ni..bulan ni ehin berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang membuatkan ehin lebih dan matang dalam meneruskan hidup..

bermula dengan masalah kewangan..ermm biasalah bila tak bekerja.poket pun mula la sempit..susah la ehin nak bergerak..tapi bagi ehin,ehin tetap bersyukur kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan rezeki kepada ehin..biarpun tidak la banyak tapi ehin bersyukur sangat..

selepas tu ehin diduga dengan masalah cinta,hati dan perasaan...hubungan yang telah dibina hampir runtuh hanya dengan satu malam.ehin macam hilang punca dan arah tujuan sewaktu dugaan ini datang menguji ehin...tapi Alhamdulillah,masih ada lagi jodoh untuk kami bersatu...syukur kepadamu Allah kerana memberi kami peluang untuk meneruskan hubungan ini...

sekali lagi dugaan datang kepada ehin apabila ehin jatuh sakit..setiap kali ehin makan,pasti ehin akan memuntahkan semula makanan tersebut..perut ehih seperti tidak dapat menghadam makanan yang ehin makan..tapi syukur sekali lagi kerana sakit ini tidak berpanjangan..terima kasih ya Allah kerana memberikan kesihatan kepada diri ini....

sampai disini untuk kali ehin....semoga ujian dan dugaan yang bakal ehin tempuhi nanti berjaya ehin harungi..dan entri kali ini menjadi perintis untuk ehin terus menulis dimasa akan datang..amin.

Thursday, June 2, 2011

Rekod

Assalamualaikum.....

hihihihihihihihi..perghh dah lama kot ehin tak buat entri dalam blog ehin ni..ermm macam dah malas nak update....kira ni boleh dikatakan rekod la kan??huhuhuhu...


ermmm sejak bergelar penganggur yang berjaya ni ehin dengan bangganya ingin share dengan korang satu rahsia...hohoho...BERAT BADAN EHIN DAH NAIK DENGAN PESAT DAN BADAN NI DAH MAKIN MENGGEMBANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


pergghhh sekali tengok dah macam orang ada anak 15 beb!!hahahhaa..boleh bayangkan tak??hihihi....ehin ni tak tahu la nak buat macam mana nak kasi badan ni slim...hohoho....


k lah malas nak taip panjang-panjang..kalau ehin rajin and ada masa ehin update lagi ye..tataaaaaaaaaa