Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Wednesday, January 25, 2012

mengapakah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

first sekali ehin nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada kaum cina yang menyambut perayaan ini pada hari semalam..semoga tahun baru ini memberi kegembiraan kepada anda...

kali ini ehin nak share something dengan u all semua...actually i dont know how to describe it...korang pernah tak di tinggalkan dengan alasan yang tidak munasabah??and di tinggalkan pada masa rasa sayang korang tengah bercambah dan mekar,its hurt u know...ehin dah merasainya..but what can i do,its about heart and feeling...we cant force it...its natural....

maybe bagi si peninggal,dia tidak merasai kesan yang mendalam kerana baginya apa yang telah dilakukan adalah yang terbaik tapi bagaimana pula rasa atau perasaan yang di tinggalkan?? mesti merasa kecewa bukan? walaupun ditinggalkan ketika perasaan sedang berkembang tapi kita sebagai manusia perlu tabah dan menerima dengan hati terbuka....

Monday, January 23, 2012

hang out

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

haii semua..kali ini ehin nak share satu kenangan yang ehin tak akan lupakan..thanks to kawan baik ehin...semalam ehin hang out dengan rakan baik ehin...wahh best dan seronok sangat..ehin rasa bahagia dan happy...

hahahahaha kenangan yang paling best kot semalam....for the first time ehin ke Teluk Cempedak dengan menaiki motor..hahahahaha...sebelum ini bukan tak pernah..tapi semalam ehin ke teluk cempedak untuk mengambil angin...hahahaha.....and the best things yang ehin dah buat semalam,ehin jalan-jalan di teluk cempedak pada waktu SIANG..take note k..waktu SIANG..sebelum ini ehin lepak di teluk cempedak,hanya pada waktu malam...huhuh..

seronok sangat..ehin pun tak tahu nak macam mana nak terangkan perasaan ehin.. :) k all nanti ada idea ehin akan tulis lagi...tata...............

p/s:: mood layan lagu dengarlah bintang hatiku...kalau boleh,ehin nak jadi macam dalam lagu tu...besar pengorbanan percintaan dia... InsyaAllah :)

Wednesday, January 18, 2012

blur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hai semua..diharapkan rakan-rakan berada dalam keadaan sihat dan gembira...sebenarnya ehin sendiri tidak pasti apa yang ehin ingin kongsikan bersama rakan-rakan di sini...ehin hanya menulis mengikut gerak hati..

kadang-kadang tanpa kita sedar apa yang kita lakukan telah membuatkan insan lain terluka..apa yang kita ucapkan telah membuatkan insan lain tercalar....kita hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan..kepada mereka yang telah atau pernah melukakan atau mengguris hati ehin,ketahuilah ehin telah memaafkan anda..segala yang terjadi menjadikan ehin lebih matang hari ini...

sekian...

p/s: tajuk pun da blur so memang tergantung la ceritanya :P

Monday, January 9, 2012

i'm just an ordinary person

Assalamualaikum..

i'm just an ordinary person,or in malay we say it as saya hanya insan biasa...kita semua hanya insan biasa..saya insan biasa,anda juga insan biasa dan mereka juga insan biasa.tapi mengapa kita tidak boleh menjadi seperti orang-orang yang tampak megah atau luar biasa di mata kita??dimana silap kita??

kadang-kadang kita terlepas pandang tentang siapa diri kita..kita tidak mengambil masa untuk mengenali siapa diri kita,di mana kekuatan kita dan dimana kelemahan kita..ego kita kadang kala menjadikan kita insan yang paling tidak bertuah dalam dunia..bila terjadi sesuatu musibah terhadap kita,sering kali kita menyalahkan orang lain..dan sering kali kita menyalahkan takdir..berapa ramaikah yang berani mengakui setiap musibah yang terjadi pada diri berpunca dari kesilapan diri sendiri?

mengakui kesilapan sendiri tidak bererti kita lemah atau bacul,tapi bagi ehin orang yang mengakui kesilapan diri adalah orang yang paling berani dan kuat..orang-orang seperti ini biasanya berani mengambil risiko untuk dicerca,dikutuk dan dikomen...orang-orang seperti ini akan menampakkan mereka luar biasa dimata orang lain...mereke mengambil peluang dalam melakukan kesalahan..maksud ehin,mereka memperbetulkan diri mereka selepas mereka melakukan kesalahan...

kalau kita bersikap baling batu sembunyi tangan,hidup kita tidak akan maju..dan jangan sesekali berangan untuk menjadi seperti insan luar biasa yang kita lihat...ok sekarang,katakanlah kita sudah cukup mengenali diri kita,tapi sejauh mana kita mengenali diri kita yang sebenar...ehin pernah terbaca dalam satu artikel yang menyatakan,hanya beberapa peratus sahaja manusia memanipulasi apa yang ada pada diri mereka....mereka menggunakan diri mereka sebaiknya...adakah kita tergolong dalam golongan sedemikian??cuba kita renungkan...

adakah dengan menyatakan nama,umur,alamat dan latar belakang,kita sudah cukup mengenali siapa diri kita??ehin sendiri mengakui yang ehin tidak sepenuhnya mengenali diri ehin..memang hanya kita yang tahu apa yang ada pada diri kita..tahu tidak bererti kenal..ehin sendiri dalam proses untuk mencari dan menggali dimana kekuatan ehin...dimana kelemahan ehin...


sekiann...

p/s: InsyaAllah akan disambung lagi enty ini :)


I need space

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hai semua...ehin sedih dengan apa yang jadi pada ehin.semperna tahun baru ehin menanam azam baru..ehin nak jadi manusia yang lebih baik..jika ehin diberi peluang untuk hidup esok hari,ehin ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini...tapi salah ke ehin ingin berubah...

i'm 22 years old already..i think its enough for me untuk mengecapi keseronokan..bila ehin duduk bersendirian,dan memikirkan masa lampau ehin.hati ehin terdetik ''betapa bodohnya aku pada masa lalu''..ehin mula melakukan perubahan dalam hidup ehin...ehin akui memang sukar untuk ehin berubah secara mendadak atleast i take an effort to change myself..

kepada rakan-rakan sekalian,ehin memohon sedikit kefahaman dari anda...ehin bukan melarikan diri atau bertindak sombong..ehin cuma perlukan masa untuk diri ehin..ehin sudah penat bekorban perasaan pada benda yang membuatkan ehin sendiri sakit....jikalau ehin tidak menghubungi anda atau tidak membalas SMS anda,tolong jangan fikir yang bukan-bukan....jika saya tidak menjawab panggilan anda,jangan ingat saya mula lupa diri,selagi saya yang bernama nurfarahin hidup,InsyaAllah saya tidak akan melupakan kawan-kawan saya...

so kepada rakan-rakan yang terasa dengan tingkah laku ehin atau tutur kata ehin,ehin memohon maaf...sungguh,ehin tidak berniat sedemikian..ehin hanya insan biasa yang mempunyai kekurangan dalam diri..kadang sifat lepas kalu ehin membuatkan anda terasa dalam diam..ehin memohon maaf...

sekian.

Saturday, January 7, 2012

its all love


assalamualaikum..
kali ini ehin na cakap pasal cinta..ramai yang nk bcinta kan...
ini jz pndapt ehin je k...


Ermmm…

Some people said that,single is better but some said that we should have couple..
Yela,at least our couple will always by our side…boleh jadi tempat kita bergantung harap,blh jadi tmpat kita luahkan prasaan,tmpt kita share mslh n ape2 je la yg jdi dlm idup kita…but it all that true??

Not all the people yg ada luck dlm cinta..yela ada couple yg understanding,caring bout us kan???ada yg bcinta sbb nk ikut trend ada,jgk bcinta sbb nk test market,ada jgk bcinta sbb terpaksa...but ape sbnrnya matlamat kita bcinta..cinta dlm dunia ni de pun yg kekal melainkan cinta kepada Allah..tp brapa rmai je yg tfikir mcm tu..klau smua couple fikir mcm tu,I’m sure mmg x akn ada la kes2 bunuh diri sebab cinta or sewaktu dgnnya..

But now,I don’t want to talk about love to ALLAH.. but nk ckp psl cinta sesame manusia…cinta yg jdikan hidup ni penuh wrna warni….can u imagine if dunia ni xde cinta…kita sendiri pun xakn lahirkan.. setiap insan dalam dunia ni ada rs cinta,ada rs ingin mencintai,ada rs ingin dicinta tp sejauh mana kita blh bg komitmen pada cinta…

Nk sebut cinta,smua tau sebut..tp makna cinta tu yg ssh nk dicari,yg ssh nk di gmbarkan….klau stakat sebut “I love u”,”sy cinta awk”,”sy sygkan awk”,bdk2 umo 5 thun pun pndai ckp..sbb jz bermodalkan air liur….
CINTA,bg aku 1 rs yg memerlukan pengorbanan n cinta x semestinya kena memiliki… cinta perlu ada 1 etika iaitu GIVE N TAKE..klau kita asyk nk member tp psangan kta tu asyik nk menerima je,tu bkn cinta tp tu gila..bgitu jgk sebaliknya…tp klau msing2 bertoleransi,IsyaAllah cinta kita tu kekal…  n one more thing,klau kita bcinta,jgn la tlalu bharap dia akn jd milik kita..Ingat smua dlm dunia ni jz pinjaman je…syukur la pd Allah klau ttbe 1 hari nnt kita frust or putus..sbb Allah da  bg kita nikmat utk jd pasangn si dia walaupun sementara….

Tp xpe la,wlau ape pun yg jd or wlau ape pun cerita cinta kita,kita ptt sedar..cinta ni sebenarnya magic… nk tau why I said love is magic?? Sbb cinta,rmai yg brubh..x kira la brubah kearah positif or negative…sebab cinta,kita blh trima adat kaum lain..

So take time utk fikir ape matlamat cinta kita.. selami erti pengorbanan pasangan kita..hayati masa kita bersama…InsyaALLAH cinta kita akn tetap mekar selamanya…

dengarlah bintang hatiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..hari ini ehin nak kongsi dengan korang lagu yang membuatkan ehin terasa sebak dan sedih...ehin sendiri tidak pasti mengapa ehin perlu menangis..

bagi ehin lirik lagu ini sangat simple tetapi mendalam.alangkah bagusnya jika ehin juga berpeluang menjadi seorang pencinta seperti di dalam lagu ini...

ini lirik lagu yang ehin katakan...sambil korang dengar lagunya di blog ehin,korang boleh sama-sama menghayati liriknya...

DENGARLAH BINTANG HATIKU


dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

reff:
aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku
repeat reff [3x]
karna bagiku engkaulah nyawaku

Wednesday, January 4, 2012

sahabat kah?

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

hai semua...apa khabar...diharapkan anda semua sihat...kali ini ehin nak buat entri tentang persabahatan....bagi ehin sahabat mempunyai erti yang sangat besar dan sangat bermakna..sabahat sangat sukar untuk dicari dan di ganti...kita sudah di asuh dan di didik sejak dari kecil untuk menjadi seorang yang baik..tapi adakah kita cukup baik untuk menjadi seorang sahabat kepada orang lain...

bekorban rasa dan perasan antara perkara yang selalu dilakukan oleh manusia yang bergelar sahabat terhadap sahabatnya...tapi awas,janga kerana terlalu menjaga perasaan orang lain,diri sendiri yang terkecewa..jangan kerana ingin menjadi sahabat yang baik,hati orang lain kita lukai...adakah itu dinamakan sahabat? anda mungkin seorang sahabat yang hebat dimata  sahabatmu tapi tidak di mata orang lain...

jangan menjadi bacul kerana terlalu menjaga hati lantas diri sendiri yang terluka dan kecewa...memang ada mengatakan bersahabat lebih baik dari bercinta..tapi erti sabahat jika dia tidak memahami isi hati kita? ehin mengaku ehin bukanlah seorang sahabat yang baik..

cukuplah sampai disini..ehin tak tahu apa yang apa yang perlu ehin coretkan..hati ehin pedih melihat telatah rakan ehin...cukuplah.....

sekian...
assalamualaikum....

Tuesday, January 3, 2012

cuit-cuit pada diri

Assalamualaikum dan salam satu malaysia semua...

haii semua...syukur kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas pada hari ini..dan sudah pasti ada pengalaman dan warna baru yang telah dicoretkan dalam hidup kita pada hari ini...terpulang pada cara hidup kita sama ada kita ingin mencoretkan warna yang terang atau malap dalam diri kita...

yang pasti walau apa yang kita coretkan pasti akan memberi kesan kepada diri kita dan mungkin juga insan-insan yang berada di sekeliling kita..jadi buatlah yang terbaik dalam hidup kita..kerna hidup ini hanya sekali dan hari ini tak mungkin akan kembali.

dalam menghadapi liku-liku kehidupan,kunci yang paling penting untuk kita terus maju adalah kemaafan dan sikap merendah diri..jangan kita terlalu bebangga dengan apa yang kita miliki hari ini kerana semua kepunyaan kita ini adalah bersifat sementara dan tiada yang kekal..jika anda mempunya rupa paras yang cantik pada hari ini,fikirlah adakah kecantikan yang ada ada akan kekal pada 10 tahun akan datang..jika anda mempunyai harta yang melimpah hari ini,cuba bayangkan adakah harta tersebut akan menemani anda di alam sana nanti..

mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk mengucapkan kata maaf dan sukar memberikan kemaafan terhadap orang lain..mereka lebih suka memendam perasaan dan akhirnya menjadi barah kepada hati sendiri..amalkan sikap saling memaafi sesama insan..kita sendiri tidak mengetahui apa yang bakal terjadi pada minit-minit hidup kita...jika sekarang kita masih bernyawa,mungkin 5 minit dari sekarang kita sudah dipanggil untuk mengadap yang maha Esa..bayangkan kita masih mempunyai salah atau tidak memaafkan orang lain..apa yang bakal terjadi..

jadi sucikan hati..ambil masa untuk bersendiri dan mulalah bermuhasabah kepada diri.renung kembali siapa kita dan teruslah mengukir senyuman tika hati masih terasa pedih...InsyaAllah hidup kita akan bahagia... Amin..

sekian...
Assalamualaikum

saya dan keluarga camfrog

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

haii semuaaaa kali ini ehin nak cerita pasal ehin dan keluarga CAMFROG (CF)... tanpa ehin sedar sudah hampir 3 tahun ehin bergelumang dalam dunia camfrog..begitu banyak suka dan duka yang ehin sudah lalui...banyak perangai dan kerenah manusia yang ehin temui sepanjang bergelumang dengan CF...

ada yang betul-betul ikhlas dalam menjalinkan persahabatan dan tidak kurang juga yang hanya ingin mencari mangsa-mangsa baru untuk di jadikan koleksi pemuas nafsu...ni lah dikatakan dunia siber..dalam menjalinkan perhubungan,kita perlu banyak berhati-hati dan berjaga-jaga..

lebih-lebih dalam melayari CF,jangan pelik sekiranya video kita dirakam atau suara kita dirakam oleh pihak yang tidak sepatutnya..jangan sesekali melakukan perkata yang boleh memburukan nama kita..

oklah ehin seperti tidak mempunya idea untuk terus menulis.jika ada sebarang kelapangan dan ingin merasai sendiri dunia CAMFROG,rakan-rakan boleh mendonwload software nya di  http://www.camfrog.com/


Monday, January 2, 2012

Mencari

Assalamualaikumm dan salam sejahtera...

hai semua..malam ini ehin habiskan malam ehin dengan membaca entry yang telah ehin post... banyak kenangan yang membuatkan hati ehin tersentuh dan membuatkan air mata ehin mengalir...

Ya Allah sesungguhnya ehin merindui kenangan lalu... andai dapat diputarkan masa,ehin ingin kembali ke masa itu..kenapa malam ini ehin seperti tercari-cari diri ehin....sesungguhnya tahun 2011 mencoretkan banyak erti dalam diri ehin.....

rindunya ehin kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup ehin....semoga mereka semua bahagia di samping insan yang tersayang..ehin akan tetap meneruskan hidup ehin seperti sedia kala....tidak kita apa yang berlaku ehin akan terus berjalan kehadapan tanpa menoleh kebelakang...

akan terus tersenyum dan akan terus berusaha untuk menggembirakan insan-insan di keliling ehin biarpun ehin terluka..ehin percaya jika kita bekorban hari ini,pasti satu hari nanti kita akan mencapai bahagia.. InsyaAllah...

Sunday, January 1, 2012

selamat tahun baru

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

haii kawan-kawan semua...wah kita sudah menjangkau tahun 2012..ini bermakna ini enrty ehin yang pertama pada tahun baru....wahhhhhhhhhhhhh................

orang mull bercakap mengenai azam baru...ehin juga mempunya azam...ehin berharap azam ehin dapat di tunaikan...meh-meh nak listkan azam ehin.. :)

1. Nak bantu famili
2. Sara adik belajar
3. Menjadi anak yang baik
4. Menjadi manusia yang lebih baik
5. Dapatkan kerja yang elok.
6. KURUSKAN BADAN!!!!!!!

hahahha tu la azam ehin tahun ni..semoga impian tersebut terlaksana :)