Assalamualaikum dan salam satu malaysia semua...
haii semua...syukur kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas pada hari ini..dan sudah pasti ada pengalaman dan warna baru yang telah dicoretkan dalam hidup kita pada hari ini...terpulang pada cara hidup kita sama ada kita ingin mencoretkan warna yang terang atau malap dalam diri kita...
yang pasti walau apa yang kita coretkan pasti akan memberi kesan kepada diri kita dan mungkin juga insan-insan yang berada di sekeliling kita..jadi buatlah yang terbaik dalam hidup kita..kerna hidup ini hanya sekali dan hari ini tak mungkin akan kembali.
dalam menghadapi liku-liku kehidupan,kunci yang paling penting untuk kita terus maju adalah kemaafan dan sikap merendah diri..jangan kita terlalu bebangga dengan apa yang kita miliki hari ini kerana semua kepunyaan kita ini adalah bersifat sementara dan tiada yang kekal..jika anda mempunya rupa paras yang cantik pada hari ini,fikirlah adakah kecantikan yang ada ada akan kekal pada 10 tahun akan datang..jika anda mempunyai harta yang melimpah hari ini,cuba bayangkan adakah harta tersebut akan menemani anda di alam sana nanti..
mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk mengucapkan kata maaf dan sukar memberikan kemaafan terhadap orang lain..mereka lebih suka memendam perasaan dan akhirnya menjadi barah kepada hati sendiri..amalkan sikap saling memaafi sesama insan..kita sendiri tidak mengetahui apa yang bakal terjadi pada minit-minit hidup kita...jika sekarang kita masih bernyawa,mungkin 5 minit dari sekarang kita sudah dipanggil untuk mengadap yang maha Esa..bayangkan kita masih mempunyai salah atau tidak memaafkan orang lain..apa yang bakal terjadi..
jadi sucikan hati..ambil masa untuk bersendiri dan mulalah bermuhasabah kepada diri.renung kembali siapa kita dan teruslah mengukir senyuman tika hati masih terasa pedih...InsyaAllah hidup kita akan bahagia... Amin..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment