Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Wednesday, August 14, 2013

Dia

Assalamualaikum..

haii semua.. sebulan tak jengah blog.. sebulan tak review blog rakan rakan.. satu masa yang agak lama.. sebulan in balik ke pekan. tenangkan diri.. duduk bersama keluarga.. syukur kerana ehin masih mempunyai mama dan abah.. even hubungan ehin dengan abah tidaklah begitu rapat..

kali ni ehin nak cerita pasal "dia" yang dah berjaya mencuri perhatian ehin.. siapa sangka perkenalan yang nampak seperti main-main menjadi serius.. mungkin ini yang di namakan takdir dari Allah.. dan andai ini ketentuannya,ehin terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka..

Dia,seorang yang jauh dari ehin.. tidak dapat dilihat setiap hari, tidak dapat bersama setiap masa tapi ehin percaya dan yakin dengan gerak hati ehin.. dia yang ehin sayang.. opsss... ter'over' pulak.. to be honest ehin sendiri seakan tidak percaya dengan  apa yang kami rancang,apa yang kami bincang. mungkin bagi orang lain,ianya nampak terburu-buru...

Dia, orang yang sentiasa buat ehin berjaga-jaga dalam tingkah laku.. mungkin kepada yang mengenali ehin sebelum ini pasti tahu dengan sikap ehin yang lepas laku. sikap ehin yang bersahaja dalam melakukan apa yang dihajati ehin.. sampaikan mama sendiri pening melayan kerenah ehin. tapi bila bersamanya ehin sentiasa mengambil langkah berhati-hati, menjaga batas pergaulan,menghadkan waktu bersuka ria..

Dia, insan yang sentiasa membuatkan diri ehin berasa selesa dan selamat disampingnya.. senyumnya membuatkan ehin tenang.suaranya membuatkan ehin damai. walaupun kami berjauhan tapi ehin sentiasa berasa dekat dengannya..

Dia manusia yang sentiasa membuat air mata ehin mengalir.. dengan kata-katanya,dengan gurauanya yang kadang kala menyakitkan hati,tapi ehin tak ada sebab mengapa ehin perlu menjauh darinya.. ehin rindu dengan kata-kata tajam yang lahir dari lidahnya..

Dia yang berjaya membuat ehin tersenyum,menangis dalam masa yang sama.. iya,memang dia.. ehin rindukan dia.ehin perlukan dia.. moga Allah memudahkan segala urusannya disana.. semoga Allah mendekatkan kami... ehin berdoa agar dia gembira disana.. semoga dia menemui ketenangan yang dia inginkan..

maaf ehin tidak kuat dan betah untuk memujuk hati.. perasaan yang telah lama menjeruk mungkin menjadikan hati ehin keras, diam ehin bukan bererti ehin lupa,diam ehin bukan bermakna ehin membenci,diam ehin kerana ehin memberi ruang untuk dia dan untuk ehin berfikir dan meneliti hati kami..


awak,maafkan saya kerana keterlanjuran kata-kata saya. maafkan saya kerana kenakalan saya, maafkan saya kerana kedegilan saya..



rindu,
eihin farahin..

No comments: