Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Thursday, September 26, 2013

Dulu

Aku rindu kita yang dulu
mula mula belajar 
cara nak kumpul rindu
cara nak ucap sayang

sebab aku rasa
kau ikhlas nak aku
kau ucap memang dari hati
bukan dari bibir semata
sekadar berlakon
dan buat aku terluka

-EF-
kuantan

Hitung

Kau memang terbaik
waktu aku menghitung hari
untuk kita
aku rasa
jiwa kita makin jauh

aku sakit
aku rela kerana kau
kalau kau rasa
aku tak bererti
buang saja aku

biar aku berhenti mengira
hati aku tak seutuh dulu

-EF-
25.09.2013
08.45am
kuantan

Binasa

Detik dihitung
waktu dikira
bukan untuk aku
tapi untuk kita

semakin hampir
aku semakin terluka
bila hari menjelang tiba
hati aku mati terus binasa

-EF-
1.05 pm
samsung kuantan

Monday, September 16, 2013

Kosong

Bila detik jam dapat didengar
Tika angin dari kipas boleh berbicara
waktu itu semua kesunyian menyelubungi diri

dia tetap ingin menjadi dia
dan aku tetap mahu menjadi aku

keras beku dingin kaku 
berselang seli dalam ikatan ini
tapi kita masih mahu bersama

mengapa
adakah kerana kita takut
untuk sediri 
atau risau jiwa akan terbiar kosong

-ef-
2.16 pm
taman guru,kuantan

Thursday, September 12, 2013

selamat hari lahir

aku bukan sasterawan
yang selalu punya idea untuk menyusun kata
aku bukan bangsawan
yang punya protokol sepanjang masa
aku bukan jelitawan
yang bisa selalu menggoda

aku hanya aku
eihin,

insan yang kau perlu tahu
yang sentiasa menyayangi kamu
yang sentiasa menitipkan doa buatmu
yang sentiasa mengingatimu
yang selalu ingin bersamamu

kamu
yang mencuri hatiku
yang mengganggu tidur malamku
yang meragut ketenangan hatiku
yang selalu buat aku rindu

hari ini genap usiamu
hari lahir kamu
insan yang selalu aku rindu

semoga ceria selalu
senyum dan terus maju
aku akan sentiasa disisimu
selagi aku yang kau mahu


-ef-
10.47 pm
taman guru kuantan



 

Tuesday, September 10, 2013

Diskusi

Kau dan aku
Sering berdiskusi
Guna metafora yang sangat berseni
Hyperbola yang sukar dimengerti
Tapi kita tetap bercerita
Itu ini

Biar mereka tak mengerti
Sebab ini soal hati
Yang selalu dihiris guna belati
Tapi tak apa
Aku tak biar kau sendiri
Yakinlah aku tetap disisi


-EF-
9.26am
Samsung kuantan

Monday, September 9, 2013

Ingat tak

Aku ingat lagi kali pertama kita jumpa
Aku tengok engkau gelabah
Entah macam apa

Sampai aku tenung
Kau tersipu pula
Aku jejaka atau engkau juwita

Bukan aku tak gelabah
Tapi aku tahu sembunyi rasa
Dalam hati,
Berkocak gila

Kau kata kau malu
Tapi aku yang kau mahu
Hey kamu mari dekat padaku
Saja nak bisik
"I Love You"


-EF-
10.07 pm
MH1286-klia



this is dedicate to mr H..
dah lama tulis baru ada peluang nak post


Angan

Ini bukan cemburu
Ini hanya angan angan aku

Duduk duduk bawah pokok
Jalan jalan pusing taman
Lihat lihat hijau gunung
Dengar dengar kicau burung

kalau rasa aku terlalu cinta alam
kau jenis moden
sentiasa ikut arus semasa
mungkin ini kita boleh cuba

beli belah di mall
tonton wayang tentang cerita cinta
ronda ronda naik kereta
pimpin tangan dengan bangga

semua angan aku
tiap masa ada kamu
harap kita akan bersatu
semoga kita dapat restu 

-ef-
10.57 pm
taman guru kuantan

menulis

Aku bukan menulis segala cerita aku
Aku menulis kerana imaginasi aku

Ini bukan tentang kita
Atau bukan tentang sesiapa

Aku berdiskusi
Bermonolog
Bersama hati

untuk menceriakan diri
sebab
hanya aku yang mampu lukis senyum
untuk diri aku sendiri


-EF-
10.39pm

Sunday, September 8, 2013

Simpan

Aku sedih
Tapi aku cuba senyum

Aku terluka
Tapi aku cuba ketawa

Aku menangis
Tapi aku cuba tabah

Aku sembunyi rasa
Bukan aku mahu binasa
Kerna aku fikir ia tak apa
ini semua biar aku simpan saja




-EF-,07.09.2012
10.53am
-samsung,kuantan-

ADA

Herdik
Caci
Maki
Kata
Kutuk
Hina

Buat asal kau bahagia
Buatlah itu semua

Biar aku merana
Bagi aku itu tak apa

Kerna

Aku tahu tuhan itu ada


-ef-
9.28 pagi
Kuantan

Thursday, September 5, 2013

Aku

Aku insan biasa
Aku punya khilaf
Aku tak sempurna

Kalau aku kuat
Tak mungkin aku jatuh

Bangun aku untuk diri aku
Jatuh aku untuk diri aku

 Sayang aku untuk aku
Rindu aku untuk aku
Cinta aku untuk aku

Andai aku terus bertahan
Semua kerana aku

Bukan kamu
Bukan dia
Bukan mereka

Ya!
Kalian pendorong
Memang!
Kalian pendukung
Aku sedar
Aku tak lupa

Terima kasih semua.

-EF-
-10.04 P.M-
Kuantan