aku bukan sasterawan
yang selalu punya idea untuk menyusun kata
aku bukan bangsawan
yang punya protokol sepanjang masa
aku bukan jelitawan
yang bisa selalu menggoda
aku hanya aku
eihin,
insan yang kau perlu tahu
yang sentiasa menyayangi kamu
yang sentiasa menitipkan doa buatmu
yang sentiasa mengingatimu
yang selalu ingin bersamamu
kamu
yang mencuri hatiku
yang mengganggu tidur malamku
yang meragut ketenangan hatiku
yang selalu buat aku rindu
hari ini genap usiamu
hari lahir kamu
insan yang selalu aku rindu
semoga ceria selalu
senyum dan terus maju
aku akan sentiasa disisimu
selagi aku yang kau mahu
-ef-
10.47 pm
taman guru kuantan
No comments:
Post a Comment