Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Saturday, December 28, 2013

Harapan

Kalau takdir
Kau boleh lukis masa depan
Pasti kau akan lukis yang indah

Kalau takdir
Kau boleh baca hati aku
Pasti kau tahu
Beban rindu
Betapa berat sayang
Sedalam apa cinta

Yang aku simpan
Yang aku sanggup tanggung
Tanpa aku bersungut
Tanpa aku lelah

Semua untuk kamu
Biar tiada aku dalam lukisan
Masa depan kamu
Tapi aku tetap mahu kamu tahu
Doa aku ada kamu selalu


-EF-
11.40am

Saturday, December 21, 2013

Biar

Kau diam 
Kau elak

Tak apa
Aku terima

Aku sakit
Aku jatuh

Tak apa
Aku terima

Biar kita jauh
Biar kita senyap

Biar tidak berbalas
Biar emosi makin menjadi

Biar kita biarkan semua

Walau apa jadi
Aku cuba gagah
Aku cuba tabah

Aku nak kau tahu
Sayang aku tetap bercambah

-EF-
10.36 pm 
21.12.2013 taman guru

Wednesday, December 11, 2013

manusia

Dulu waktu tak nak
Kau racun nyawa dia
Sampai dia jatuh

Kau datang macam malaikat
Suci dan jadi pelindung

Waktu dah dapat
Kau sorak kegembiraan
Kau laung kemenangan
Kau tunjuk keegoan

Sekarang kau lari
Kau tinggal dia
Biar dia mati
Biar dia sakit

Apa kau memang binatang
Atau kau saja nak tunjuk belang
-EF-
11.34 pm
11.12.2013
Kuantan



Dunia


Buang
Kutip bila perlu

Kecoh
Bila dah hilang

Menangis
Tika kau rasa
Dunia tak adil

Kau sendiri buat
Kau sendiri rasa
Kau sendiri kena terima
Tak guna 
Paling penting kau jangan menyesal

Tunding jari pada yang lain?
Buat apa?
Itu memang hukum alam
Kau wangi orang sanjung
Kau busuk orang tak kunjung..


-EF-
11.12.2013
10.58am
Samsung center

Sunday, December 1, 2013

selamat datang disember

Hujan rahmat mula turun
Tanah mula basah
Tapi kita masih lagi tetap begitu

Rutin kita tak bisa berubah
walau cuaca silih berganti
tak kira bah datang menghampiri

terus melangkah
bersiap untuk berperang
dengan masa depan yang bakal menanti

untuk terakhir 
bukan bererti kita berhenti
habiskan sisa
untuk kali ini

-EF-