Kalau takdir
Kau boleh lukis masa depan
Pasti kau akan lukis yang indah
Kalau takdir
Kau boleh baca hati aku
Pasti kau tahu
Beban rindu
Betapa berat sayang
Sedalam apa cinta
Yang aku simpan
Yang aku sanggup tanggung
Tanpa aku bersungut
Tanpa aku lelah
Semua untuk kamu
Biar tiada aku dalam lukisan
Masa depan kamu
Tapi aku tetap mahu kamu tahu
Doa aku ada kamu selalu
-EF-
11.40am
No comments:
Post a Comment