Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Thursday, September 12, 2013

selamat hari lahir

aku bukan sasterawan
yang selalu punya idea untuk menyusun kata
aku bukan bangsawan
yang punya protokol sepanjang masa
aku bukan jelitawan
yang bisa selalu menggoda

aku hanya aku
eihin,

insan yang kau perlu tahu
yang sentiasa menyayangi kamu
yang sentiasa menitipkan doa buatmu
yang sentiasa mengingatimu
yang selalu ingin bersamamu

kamu
yang mencuri hatiku
yang mengganggu tidur malamku
yang meragut ketenangan hatiku
yang selalu buat aku rindu

hari ini genap usiamu
hari lahir kamu
insan yang selalu aku rindu

semoga ceria selalu
senyum dan terus maju
aku akan sentiasa disisimu
selagi aku yang kau mahu


-ef-
10.47 pm
taman guru kuantan



 

Tuesday, September 10, 2013

Diskusi

Kau dan aku
Sering berdiskusi
Guna metafora yang sangat berseni
Hyperbola yang sukar dimengerti
Tapi kita tetap bercerita
Itu ini

Biar mereka tak mengerti
Sebab ini soal hati
Yang selalu dihiris guna belati
Tapi tak apa
Aku tak biar kau sendiri
Yakinlah aku tetap disisi


-EF-
9.26am
Samsung kuantan

Monday, September 9, 2013

Ingat tak

Aku ingat lagi kali pertama kita jumpa
Aku tengok engkau gelabah
Entah macam apa

Sampai aku tenung
Kau tersipu pula
Aku jejaka atau engkau juwita

Bukan aku tak gelabah
Tapi aku tahu sembunyi rasa
Dalam hati,
Berkocak gila

Kau kata kau malu
Tapi aku yang kau mahu
Hey kamu mari dekat padaku
Saja nak bisik
"I Love You"


-EF-
10.07 pm
MH1286-klia



this is dedicate to mr H..
dah lama tulis baru ada peluang nak post


Angan

Ini bukan cemburu
Ini hanya angan angan aku

Duduk duduk bawah pokok
Jalan jalan pusing taman
Lihat lihat hijau gunung
Dengar dengar kicau burung

kalau rasa aku terlalu cinta alam
kau jenis moden
sentiasa ikut arus semasa
mungkin ini kita boleh cuba

beli belah di mall
tonton wayang tentang cerita cinta
ronda ronda naik kereta
pimpin tangan dengan bangga

semua angan aku
tiap masa ada kamu
harap kita akan bersatu
semoga kita dapat restu 

-ef-
10.57 pm
taman guru kuantan

menulis

Aku bukan menulis segala cerita aku
Aku menulis kerana imaginasi aku

Ini bukan tentang kita
Atau bukan tentang sesiapa

Aku berdiskusi
Bermonolog
Bersama hati

untuk menceriakan diri
sebab
hanya aku yang mampu lukis senyum
untuk diri aku sendiri


-EF-
10.39pm