Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Wednesday, August 14, 2013

Dia

Assalamualaikum..

haii semua.. sebulan tak jengah blog.. sebulan tak review blog rakan rakan.. satu masa yang agak lama.. sebulan in balik ke pekan. tenangkan diri.. duduk bersama keluarga.. syukur kerana ehin masih mempunyai mama dan abah.. even hubungan ehin dengan abah tidaklah begitu rapat..

kali ni ehin nak cerita pasal "dia" yang dah berjaya mencuri perhatian ehin.. siapa sangka perkenalan yang nampak seperti main-main menjadi serius.. mungkin ini yang di namakan takdir dari Allah.. dan andai ini ketentuannya,ehin terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka..

Dia,seorang yang jauh dari ehin.. tidak dapat dilihat setiap hari, tidak dapat bersama setiap masa tapi ehin percaya dan yakin dengan gerak hati ehin.. dia yang ehin sayang.. opsss... ter'over' pulak.. to be honest ehin sendiri seakan tidak percaya dengan  apa yang kami rancang,apa yang kami bincang. mungkin bagi orang lain,ianya nampak terburu-buru...

Dia, orang yang sentiasa buat ehin berjaga-jaga dalam tingkah laku.. mungkin kepada yang mengenali ehin sebelum ini pasti tahu dengan sikap ehin yang lepas laku. sikap ehin yang bersahaja dalam melakukan apa yang dihajati ehin.. sampaikan mama sendiri pening melayan kerenah ehin. tapi bila bersamanya ehin sentiasa mengambil langkah berhati-hati, menjaga batas pergaulan,menghadkan waktu bersuka ria..

Dia, insan yang sentiasa membuatkan diri ehin berasa selesa dan selamat disampingnya.. senyumnya membuatkan ehin tenang.suaranya membuatkan ehin damai. walaupun kami berjauhan tapi ehin sentiasa berasa dekat dengannya..

Dia manusia yang sentiasa membuat air mata ehin mengalir.. dengan kata-katanya,dengan gurauanya yang kadang kala menyakitkan hati,tapi ehin tak ada sebab mengapa ehin perlu menjauh darinya.. ehin rindu dengan kata-kata tajam yang lahir dari lidahnya..

Dia yang berjaya membuat ehin tersenyum,menangis dalam masa yang sama.. iya,memang dia.. ehin rindukan dia.ehin perlukan dia.. moga Allah memudahkan segala urusannya disana.. semoga Allah mendekatkan kami... ehin berdoa agar dia gembira disana.. semoga dia menemui ketenangan yang dia inginkan..

maaf ehin tidak kuat dan betah untuk memujuk hati.. perasaan yang telah lama menjeruk mungkin menjadikan hati ehin keras, diam ehin bukan bererti ehin lupa,diam ehin bukan bermakna ehin membenci,diam ehin kerana ehin memberi ruang untuk dia dan untuk ehin berfikir dan meneliti hati kami..


awak,maafkan saya kerana keterlanjuran kata-kata saya. maafkan saya kerana kenakalan saya, maafkan saya kerana kedegilan saya..



rindu,
eihin farahin..

Saturday, July 6, 2013

kesunyian

Assalamualaikum...

hai semua.. harap semua sihat dan bahagia.. hey guys its saturday! so what's your activities? mesti seronok dan enjoy kan??

not like me, to be honest i fell so empty. yeaahh stand alone at home.. no friends to chat and nothing to do... duduk rumah for the whole day.. my activities for today? for sure la TIDUR!

hahahaha... nak balik pekan untuk jumpa parent but my grandad tak ada.. so nobody nak teman nenek.. tak kan nak biar nenek sorang-sorang kat rumah.. handphone memang tak berdering langsung.. senyap and sunyi.. hhahhaaha...

i don't know why should i cry now.. dari tadi hati in sebak.. i got good news but its to early to share with other.. but i wish my dream come true.. sebab ehin memang letak harapan yang tinggi untuk benda ni.. lets say in dapat,i'm promise to myself yang ehin akan fokus on this..

by next week just waiting the conformation call.. doakan rezeki in murah..
amin...

bye..

sincare,
eihin

Tuesday, July 2, 2013

Semalam,hari ini dan esok

Assalamualaikum..

hai semua.. syukur kepada Allah kerana ehin masih bernafas hari ini.. dah lama tak menulis. Almost 6 or 7 month.. by the way, how are you guys? sedar tak sedar esok genap setahun ehin join famili maxis. dan esok juga hari terakhir dengan maxis.. actually sedih jugak nak meninggalkan maxis.. but nak buat macam mana.. mungkin rezeki dan jodoh dengan maxis tak lama.. kalau ada rezeki boleh join lagi...

rezeki Allah ada dimana-mana.. oh ok guys, sekarang ni i'm preparing barang untuk bertunang,. InsyaAllah kalau tiada aral melintang,lepas raya majlis berlangsung.. tarikhnya belum ditetapkan lagi.. mungkin this is what we call jodoh..

actually ehin dengan bakal tunang bukan seperti orang lain.. perkenalan kami hampir mengjangkau 1 tahun.. tapi pertemuan kami hanya sekali,itupun selepas beberapa kali tertunda.. syukur kepada Allah kerana semasa kali pertama kali berjumpa,keadaan berjalan lancar..

jujur ehin sendiri tidak terfikir dan menyangka yang hubungan kami akan menjadi seserius ini.. Allah telah menetapkan segalanya.. rahsia Allah tiada siapa yang tahu, apa yang ehin harapkan hubungan kami berpanjangan.. semoga kuat jodoh antara kami berdua.. semoga Allah menyatukan hati kami dan semoga apa yang di rancang berjalan lancar.. InsyaAllah. Amin..


Wednesday, May 30, 2012

test test

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

adess lama tak menulis... kalau blog ehin ni boleh diibaratkan seperti rumah, for sure la dah bersawang.. silap-silap hantu pun boleh menumpang... ok hai guyz... apa khabar?? semoga semua sihat dan happy..

sebenarnya ehin memang tak ada idea untuk menulis apa-apa dalam blog ni..tapi kerinduan terhadap rakan-rakan membuatkan ehin teringin untuk menulis...( ayat sastera tu) ahhahahaa.....

dah dah malas nak taip panjang-panjang..nanti jumpa lagi :)

Saturday, April 28, 2012

blurrr


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kepada semua rakan..

Dah lama ehin tak menulis apa-apa dekat blog ehin.. ehin agak sibuk dan sengaja untuk menyibukkan diri agar ehin dapat melupakan apa yang berlaku kepada ehin… u all pernah tak menyayangi orang dalam diam? Dan tanpa kamu sedari yang kamu memang terlalu sayangkan dia?

Itu yang terjadi pada ehin.. ahahahha its funny right? Ni la agaknya balasan pada diri ehin.. kalau sebelum ni ehin selalu melukakan hati orang,sekarang hati ehin yang terluka.. ermm terluka ker? Ehin tak rasa tu perkataan yang sesuai ehin gunakan sebab dia sendiri mungkin tidak merasai kehadiran ehin di sisinya…

Bagi ehin dia seorang yang sangat baik dan terlalu baik untuk ehin,mungkin kerana itu ehin tak berpeluang untuk singgah dalam hidup dia… tapi ehin bersyukur,kerana ehin yakin yang ehin istimewa dalam diri dia.. dia pernah berjanji yang dia akan sentiasa berada di sisi ehin walau apa jua keadaan.. dia juga pernah berjanji yang dia akan sentiasa menyokong ehin dalam apa tindakkan ehin selagi tidak melampaui batas…

Sekarang ehin belajar untuk tidak terlalu berhubung dengannya,tapi apa yang ehin lakukan ini hanya menyakitkan hati ehin… memang ehin sangat merinduinya… setiap apa yang ehin buat,pasti akan terbit namanya di bibir,pasti terlintas nasihat-nasihat yang pernah diberinya dalam ingatan…

Kami akan terus bersahabat baik dan akan terus menjalinkan persahabatan. Ehin hormati keputusan dia, orang cakap hal hati dan perasaan tidak boleh di paksa. Tapi percayalah selagi ehin mampu, ehin akan sentiasa berada di sisinya… ehin akan sentiasa memantau pergerakan dia walaupun dari kejauhan..

Gambar-gambar dia yang ehin pernah simpan,akan terus ehin simpan… mesej-mesej  yang pernah di kirimnya masih lagi berada di dalam handphone ehin dan suaranya masih ehin simpan di dalam lappy ehin.. lagu-lagu kegemarannya menjadi halwa telinga ehin ketika ehin ingin melelapkan mata.. hahaha gila bukan? Tapi hanya ini pengubat rindu ehin kepadanya… hanya ini ehin mampu lakukan supaya ehin tidak terus menggangu hidupnya…

Ehin tidak mahu dia rasa tertekan dengan tingkah laku ehin, apa yang ehin mahu adalah senyuman dan gelak tawa dari bibirnya… semoga dia bahagia dan terus gembira….. walapun ehin menjauh tapi percayalah ehin sentiasa ingat kamu…