Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Monday, March 7, 2011

Derma darah...

Assalamualaikum....

haii semua,hari ni ehin agak penat..yela 1 malam ehin tak dapat tidur.. semalam ehin and member-member konvoi bermoto ke melaka..detinasi kami ke MITC melaka..and matlamat kami nak beli kasut untuk ke parlimen.. actually bukan kami la tapi kawan-kawan ehin..ehin just follow je..tapi ehin pun tersangkut sepasang kasut,seutas rantai silver and 1 spek mata...adesss satu pembaziran berlaku...kalau la apit tau ehin membazir macam ni sure ehin kena marah...

di sebabkan ehin and kawan-kawan dah terlewat sampai kat PD,kitaorang mengambil keputusan untuk bermalam di bekas rumah sewa ehin,tapi sekarang rumah tu member and ayah angkat ehin yang sewa pula...

kat rumah tu memang ehin tak boleh tidur..haa nak tau tak kenapa??sebab mata ehin tak bukak lagi..huhu...mesti kompius kan yela ehin cakap mata tak boleh bukak and tak boleh tidur..maksud ehin,ehin tak bawak solution untuk contect lens ehin so macam mana la ehin nak tidur kan??

ehin pun online la sampai pagi..tapi dalam pukul 8 lebih mata ehin mula mengantuk..ehin pun tidur la..lantak la contect lens dalam mata ni..ehin da redha..tapi dalam pukul 10 ehin da jaga..omak kau,tido berapo lamo yoo...ehin pula lupa kat kolej ehin ada derma darah hari ni,ehin tak cukup tidur..adess mati la ehin....dalam pukul 12 kami semua bergerak balik ke kolej,tapi kami berhenti makan and shopping kat giant dulu...

kira sampai kolej dalam pukul 2 lebih..ehin pun ajak la member teman untuk pergi derma darah..huhuhu...kita nekad la ni..yela kalau nak derma darah kita kena la cukup rehad and cukup tidur..tapi ehin semua tu tak cukup..huhuhu

tak ape..try je..haaa akhirnya berjaya beb derma darah,.,hahhaahha....ehin siap gelak-gelak masa derma darah tu..heheheheh...perggghhh best,,ni kali kedua ehin derma darah...huhhuhu....

p/s: sbnrnya ehin dah draff bnda ni hari sabtu.tapi baru hari ni ada masa nak post..wkakakakaka...layankan je la ekkk

Thursday, March 3, 2011

Why do u do like this to me????

Assalamualaikum.. tadkala ehin menulis coretan ni,hati ehin pedih and sakit sangat...ehin nak menangis tapi ehin tak mampu.. kenapa ini yang ehin dapat?? kenapa ini boleh terjadi?? salah ehin ker?? atau salah dia?? mungkin salah takdir?? sumpah ehin kecewa sekarang.. dah terlalu banyak yang ehin kasi and akhirnya ini yang ehin dapat...

ehin boleh terima dia seadanya,ehin boleh terima siapa dia,ehin boleh terima kekurangan dia,ehin boleh terima penipuan dia and ehin boleh terima masa silam dia...tapi kenapa dia sanggup buat macam ni?? ehin penat sangat nak menjaga hubungan ni..ehin takut hilang dia tapi ehin macam dah buntu.. ehin perlukan seseorang untuk berada bersama ehin sekarang...

sepanjang ehin bersama dia,macam-macam ehin tempuh...macam-macam ehin korban,ehin bukan mengungkit tapi ehin rasa apa yang ehin korbankan seolah-olah tak ada makna..semuanya sia-sia...

ye memang luaran ehin kasar,ehin keras tapi tolong la selami hati ehin...tolong...ehin merayu sangat.. ehin bukan seorang yang pandai meluahkan isi hati tapi fahamilah ehin melalui tingkah laku ehin... ermm berat sangat...

awak,
awak malu ke sebab dapat kekasih yang tak sempurna macam orang lain???
awak malu ke sebab dapat kekasih yang hodoh??
awak malu ke sebab dapat kekasih yang kasar??
awak malu ke sebab saya tak secantik perempuan lain??

kalau YA jawapannya saya terima..
dah banyak saya lakukan semata kerana awak..

awak,
awak sedar tak saya dah berubah?
awak tahu tak kenapa saya berubah?
awak perasan tak perubahan saya??

kalau TIDAK jawapan saya terima
mungkin sebab awak tak kenal lagi NURFARAHIN yang dulu...

awak,nak tahu tak??
sikap awak banyak mengguris hati saya
air mata saya banyak tumpah pasal awak
saya hilang banyak benda kerana awak

tapi itu semua saya terima
bagi saya tu adat dalam bercinta

awak,andai kata kita tiada jodoh
awak ingat lah,
hati perempuan untuk dihargai,dibelai dan dimanja

bukan untuk ditipu
bukan untuk dilukai
bukan untuk disakiti...

terima kasih awak.....

AKu suka kamu aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta jika tiada sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Wednesday, March 2, 2011

oh LeLaKi

malam ni ehin masukkan 2 entri kat dalam blog ni..huhu....nampak sangat gian nak berblog...tapi entri yang kali ni ehin copy je dari 1 artikel..ehin macam tertarik nak share..masa tengah baca ni ehin tetiba terfikir yang ehin ni ada kot macam laki...haa nak tau apa.jom check it out..

1.LELAKI TIDAK DETAIL DLM PERCAKAPAN...
CONTOH KES:Kakaknya baru saja putus cinta.Bila kita tanya what's his comment dia just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."

Alasan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap macam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata sehari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.LELAKI TAHAN BERJAGA SEPANJANG MALAM DEMI HOBI...
CONTOH KES:Kita sering tak menemui jawapan kenapa lelaki sanggup mengadap games sepanjang malam tanpa henti?

Alasan: ini sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan
jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada apa2 kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.LELAKI RELA MENGHABISKAN BANYAK WANG UTK PERALATAN ELEKTRONIK ATAU AKSESORI KERETA...
CONTOH KES:Lelaki rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka membebel kalau tgk org pompuan Shopping?

Alasan:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian lelaki secara tidak sedar Happy2 jer buang duit utk benda2 tue.

4.LELAKI JARANG MUNCUL DENGAN JAMBANGAN BUNGA...
CONTOH KES: dalam filem,sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

Alasan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak kaum lelaki.Beli sesuatu yang bakal layu dalam
beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan..hehehe!!!

5.LELAKI TIDAK BERGOSIP....
CONTOH KES:Bila perempuan kata:""eh betul ke ni?" Lelaki pantas memotong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."

Alasa:Sebenarnya lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya lelaki bergosip tidak sejelas perempuan dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ.
Kalau lelaki punya masalah dengan seseorg,biasanya lelaki menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.LELAKI SELALU MENGAGUNGKAN MAMA (IBU)...
CONTOH KES:Lelaki jarang mengkritik mama mereka,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau Lelaki kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mama i
pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan:Bagi lelaki,mama mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana papa mereka melindungi mamanya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg mamanya.Nokhtah!

7.LELAKI SANGGUP MENYIMPAN SEMUA EDISI TERHAD KOMIK,CD,JEANS,JAM TANGAN DAN APA SAHAJA..
CONTOH KES:Bosan!sekejap kejap teman lelaki anda ajak gi KLCC,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan:Berbalik kepada asal lelaki sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekal kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.LELAKI SENANG MELIHAT WANITA MEMAKAI SKIRT PENDEK(MINI SKIRT)-ASALKAN BUKAN KEKASIHNYA...
CONTOH KES:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkas saja:"I tak suka ahh!! tukar
lain..!"Bengang kan...?...hehehe!!!

AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...

ermmm nak tau tak,no 2,3,6 and 7 tu macam melambangkan diri ehin..ehin memang sanggup habiskan beribu untuk barang elektronik tapi bukan untuk shoping baju or barang-barang perempuan...kadang-kadang bengang tengok mmber abiskan duit beli benda bukan-bukan..hihihi

sengalkan ehin ni..kalau la ehin ada duit 1juta la kan??ehin memang akan beli barang-barang elektronik je..kalau nak shopping baju,kasut,make up or jelewry memang benda tu paling last dalam senarai ehin...

yang no 4 tu pulak,ehin memang tak pernah nak berharap yang laki bagi bunga kat ehin..nak tau kenapa??bagi ehin benda tu membazir..dari bagi bunga,baik la bagi benda yang tahan cikit..contohnya thums drive ke,headphone ke..
ni bagi bunga,2 3 hari dah layu..haishh rugi kan??

so agak-agak korang yang kenal ehin la kan,ehin ni terlebih hormon lelaki ke ape ekk??
so fikir-fikirkan dan selamat beramal..ehehehhe.. 

KeGiLaaN

Haa akhirnya ehin dapat jugak on9..tu pun dengan hasil dari budi baik dari housemate ehin..thanks FARAH LIA...huhuhu...aku sayang ko tau...hehehe... ermm actually ehin tak ada something yang special ehin nak share..semua berjalan dengan lancar dan teratur...

ermmm semalam ehin punya fikiran agak terganggu sikit.. ehin ada masalah and masalah tu telah membuatkan ehin gila sekejap..yela bayangkan orang cakap something yang bad about person yang kita sayang..for sure la kita rasa bengangkan..lepas tu boleh pula jugde kita punya relationship..and at the same time kita pula gaduh dengan orang yang kita sayang...haa tension kan??

di sebabkan ehin tension semalam ehin dah buat something yang ehin rasa gila la..for those yang rapat dengan ehin,sure diaorang tahu yang ehin ni memang tak makan or memang tak tahan dengan benda-benda manis...tapi disebabkan semalam tension,ehin dah makan 3 aiscream cornetto..haa macam mana tu?? mamat yang jaga koperasi hostel pun dah pelik tengok ehin..


ehin pun tak tau setan apa yang merasuk semalam...and ehin boleh pulak makan sambil menangis...huhuhu..gila betol laa...dok layang feeling sorang sorang..hahahahaha.... tapi ehin sedih tak lama.. sebab dalam pukul 12 penyarah ehin hantar msg,dia bagitahu yang dia ada dekat koperasi and dia nak pulangkan ehin punya lappy..wahhh happy sangat tau..

tapi arini ehin tak pergi kolej pun..haa nak tau tak kenapa?? mybe perut ehin terkejut kot,yela semalamnya makan icecream banyak kot..dia pun meragam la..hahahahhaa...sakit beb perut ehin..asyik keluar masuk toilet je..adess sabar je la..ni pun ada lagi rasa sakit tapi tahan je la..

ok lah sampai sini untuk kali ni..ehin ada kerja yang ehin kena buat,ehin nak siapkan resume.huhuuhu..pergghh tak lama nak masuk alam pekerjaan.hope ehin boleh la dapat kerja yang elok.. aminnn... :)

Monday, February 28, 2011

Huhuhuh

Haiii semua...... selamat menyambut bulan mac...haa sekejap je kan masa berlalu.. hari ni hari last kita berada dalam bulan februari...bulan penuh rasa cinta..yela bulan ni merupakan hari kekasih,bulan ni jugak ada peristiwa penting bagi umat Islam iaitu Maulidur Rasul.... mesti banyak kenangankan yang kita dah cipta pada bulan ni... kalau duduk sorang-sorang and ingat semua apa yang kita dah buat bulan ni mesti kita akan perasan warna-warna yang telah kita coretkan dalam hidup kita pada bulan ni..ermmm ehin pun ada kenangan yang berlaku pada bulan ni tapi Alhamdulillah semua kenangan tu ehin jadikan sebagai kenangan terindah..

esok akan masuk bulan ketiga kita melayari bahtera tahun 2011... so amacam azam u all semua..dah buat ke belum??? or azam tu masih lagi dalam proses untuk membuahkan hasil or memang tak wat langsung?? apa apa pun hope u all buat la azam yang u all dah tetapkan tu..jangan la hangat-hangat tahi ayam...ehehee

sebut pasal bulan mac ni,ehin ada la plan nak wat 1 or 2 perkara..tapi tak tahulah boleh berjalan dengan baik or tak..yela kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.... nak tahu apa perancangan ehin tu???haa mana boleh bagi tahu..biar semua tu berjalan dulu baru la boleh kecoh kecoh...sebab ehin tak nak la propa je lebih tapi habuk pun tak ada..huhuhu.......

ok lah sampai sini je..nanti ehin update lagi k...
babai semuaa.............