Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Wednesday, March 30, 2011

SaYa DaN MooD

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semuaa...hari ini ehin nak share 1 benda yang ehin rasa dalam diri ehin sekarang...adoii ehin tak tahu la kenapa sejak 2 3 hari ni mood ehin macam tak betul je,,asyik nak marah je..pantang ada something yang x kana mesti ehin nak temper...adoi..memang tak boleh nak tahan la...

semalam afiq kena sembur dengan ehin..kecian dia..yela dia mintak tolong elok-elok ehin plak boleh tengking dia...sayang,i'm so sorry i didnt meant it..memang tak sengaja..tapi nasib baik la dia ok..tak ada pula nak marah ehin semula..dia just tanya ehin elok-elok...

kenapa la dengan ehin ni ye..nak kata bendara naik memang tak naik naik pun..yang naik nya angin ehin dan tahap kepanasan hati ehin...arrgghhhh tension pulak..dengan jerawat yang tiba-tiba naik kat pipi..bukan kecik pulak tu besar kot..tension tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah apa kena dengan ehin ni??tolong la kawan-kawan...ehin sendiri macam tak dapat nak handle diri sendiri...rasa macam nak gila ni....kesian dekat orang yang tak bersalah,yela nanti tak pasal-pasal kena sembur...tapi setakat ni yang kena sembur afiq sorang je..orang lain ehin just tarik muka..

kepada afiq zhafran..
saya betul-betul minta maaf semalam...
saya memang tak ada maksud nak marah awak...
memang tak ada niat..tak tahu la kenapa..
yela dengan line hp tak ok,
dengar pulak sangkut-sangkut..
saya minta maaf ye,

so kepada kawan-kawan,kalau ehin ada termarah korang ehin minta maaf k...

Tuesday, March 29, 2011

Terima Kasih Kawan

Assalamualaikumm...haii semuaa..adess macam lama je tak update..(padahal baru 1 hari)...ehehehhe


harini ehin dah buat gila..adoii mana tak nya malam semalam memang ehin tak tidur lansung..pagi tadi dalam pukul 7 baru ehin tidur...huhuhu..pagi tadi mood ehin sedikit tercalar.tapi tak apa ehin boleh handle..dan sekarang ehin punya mood dah ok...

bila ehin bangun tidur tadi (kul 5 kot) member bilik ehin tanya alamat blog ehin..ehin pun macam pelik la..kenapa la budak ni tetiba mintak url blog ehin..ehin pun bagi la.yela mamai lagi kan...dah bagi dia ehin pun buat la apa yang patut dan ehin pun on9..macam biasa ehin akan buka fb dan baru la on blog ehin....

mula-mula ehin buat blog walking dulu..tengok entri member-member bloger..gelak sorang-sorang dulu baru ambik tahu pasal blog sendiri..huhuhu..ehin terbaca entri blog kawan ehin yang sorang ni,dia say thanks dekat ehin..alamak terharunya..ala beb,aku bukan tolong apa pun so tak payah la sampai nak ucap terima kasih..tapi aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong promote blog aku.. :)

ok ehin nak cerita,setakat ni ehin dah tolong dekat 10 member pasal blog..ye ehin tahu blog ehin pun belum sempurna tapi disebabkan kawan-kawan ehin minta tolong,so ehin dengan rela hati untuk menolong..di samping dapat tolong kawan-kawan,ehin boleh explore benda yang ehin tak tahu..best best..

ala korang tak payah ucap terima kasih...benda kecik je..kita kongsi ilmu sama-sama..tak guna ada ilmu tapi kedekut..sebab ilmu ni makin kita kedekut,dia jadi makin sikit...ehin just dapat 1 kepuasan bila dapat tolong kawan-kawan.....

ehin pun bukanlah blogger yang hebat seperti Ben Ashari,Beatiful Nara, Sekamar rindu dan yang lain-lain..ehin ni masih lagi merangkak dan masih baru...tak sampai 5 bulan ehin berblogger..banyak benda yang ehin perlu belajar...jadi ilmu sedikit yang ehin ada,ehin gunakan untuk menolong rakan-rakan yang sama dengan ehin...

apa-apa pun sharing is caring..thanks kepada kawan-kawan yang bagi kredit dekat ehin.yang letakkan url ehin kat blog,yang letak pic ehin kat blog,yang buat entri pasal ehin kat blog,ehin ucapkan ribuan terima kasih..sayang korang ketat-ketat dan sendat-sendat....tanpa korang siapalah ehin....terima kasih sangat-sangat....

Sunday, March 27, 2011

soal jawab tentang saya

Assalamualaikumm...haii semua.....
harini ehin naj buat soal jawab tentang saya....benda ni ehin copy dari 1 laman web..jadi ini adalah masa yang sesuai untuk anda mengetahui siapa ehin..

jom kita check!

Nama dalam sijil kelahiran: Nurfarahin binti Ibrahim
Nama panggilan di rumah: Along, Ya, Farah
Tarikh lahir: 10 April 1990 ( jangan lupa bagi hadiah )
Tempat lahir: Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Zodiak: Aries
Taraf pendidikan tertinggi: Diploma ( Tengah belajar lagi sekarang ni )

Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?: Sudah tentu ada.. sebab ehin nak jadi role model terbaik untuk adik-adik ehin

Impian/cita-cita yang sudah terlaksana: Menjadi seorang pelajar IPT dan bercakap depan orang ramai

Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?: Nak bagi duit tiap-tiap bulan dekat parent (tunggu dah kerja nanti),nak jadi artis a.k.a penyanyi (minta-minta tercapai) aminn....

KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa): KRU sebab kalau boleh nak jadi macam diorang anak melayu yang berusaha untuk melebarkan sayap keluar negara...

Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa): Hujan..bilaa aku sudah tiadaa.....lalalalalaal...

Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa): Britney Spears,suka tengok dia menari..badan dia meletop!

Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?: warna-warni

Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?: Chocolat celup celup..heheheheh

Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?: Dapur, depan TV

Pernah berjalan dalam tidur?: memang tak pernah..

Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?: Pernah :(

Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?: No comment

Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini: Percayalah-siti nurhaliza

Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari: Air

Anda ada berapa pasang kasut di rumah?: 3 (bukan yang gila shopping) ehin akan beli kasut baru bila rasa perlu

Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?: ehin memang tak akan sorok..gila ke?? binatang ni kan haiwan terpelihara..tak sanggup nak kena bayar saman sebab sorok binatang ni

Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000?: Adess gila bapak lama....kenapa tak tanya yang tahun 1994 punya je??eeheh

Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?: Pokok Kaktus ( comel tapi berbisa )

Sudahkah anda berteman/berkahwin?: Belum lagi...

Bercuti di pulau atau bermain salji?: Bermain salki ( walaupun ehin ni tak tahan sejuk )

Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda?: Tak pernah sebab memang tak minat bela haiwan

Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…
1.    Order
2.    Bayar
3.    Makan

Primadona Melayu paling anda kagumi: Saloma

Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati: P. Ramlee

Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?: Bila teringat zaman sekolah dan teringat masa bersama MR MAZ

Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan: Belajar untuk tidak pendam perasaan

Perkara paling sweet tentang kawan baik anda: Selalu ada bersama ehin time ehin susah dan senang. 



tu la serba sedikit tentang ehin...tataa......salammm

Saturday, March 26, 2011

Kecewa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ehin nak meluahkan rasa terkilan dan kecewa ehin terhadap segelintir masyarakat malaysia yang seperti tidak peka dengan keadaan semasa...hari ini tepat jam 8.30 malam kita disarankan untuk bergelap selama 1 jam demi menyelamatkan bumi..

1 jam je..tapi ada yang tidak mahu menyertai kempen ini..lebih malang lagi ada seperti yang tidak mengendahkan kempen ehin...sedih dan sangat kecewa..inilah masyarakat kita..jika ada konsert pasti ramai yang akan menyertainya..tapi kenapa kita tidak mahu menyahut seruan ini...

janganlah kita menjadi masyaratkan yang hanya sedar bila sudah terhantuk...waktu tu memang tidak ada guna..bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna....kita sepatutnya menyahut seruan ini dengan bersemangat kerana bumi kita ini bukan untuk digunakan oleh kita tapi kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang..

ehin nak anda semua fikirkan baik dan buruk kempen ini...kepada yang turut menyahut kempen EARTH HOUR ehin ucapkan tahniah atas kerjasama dan kepekaan anda terhadap bumi kita..kepada yang terlepas atau melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan kempen ini,ehin harap tahun depan anda sertai...

sekian..

Friday, March 25, 2011

Kemungkinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semuaa...

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar...hari ini akan berlangsung perkhemahan ke Gunung Ledang selama 3 hari 2 malam..tapi ehin tak dapat menyertai aktiviti tersebut..agak kecewa tapi tentangan dari seorang ibu perlulah kita patuhi..kalau sebelum ini,mama ehin tidak pernah menghalang ehin untuk melakukan sebarang aktiviti tetapi pada kali ini mama ehin tidak membenarkan ehin...

tapi tak apalah..kepada para peserta ke Gunung Ledang,ehin ingin mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang..semoga Allah melindungi kalian semua...selamat mengembara dan menikmati keindahan alam...have fun tapi jangan lupa kita berada di tempat orang,jaga diri masing-masing..

kemungkinan.....ermm lepas ini ehin berkemungkinan akan susah untuk melayari internet..ini kerana tahap security internet di tempat ehin telah ditingkatkan..ehin terpaksa menggunakan ID dan Password yang perlu diambil di pejabat..ehin ni memang liat untuk ke pejabat...yela kita perlu berpakaian formal dan kemas...

ermm ehin pasti akan merindui blog ehin...kepada kawan-kawan tolong tengokkan blog ehin ekk..huhuhuhu...tapi ehin akan berusaha untuk mendapatkan password dan id bagi membenarkan ehin melayari internet..

ok la semua..babaii dan assalamualaikumm...