Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Tuesday, May 24, 2011

Angry Bird

Assalamualaikumm...

haii semuaa..wahhh dah macam lama ehin tak update apa-apa dekat blog ehin..sebenarnya ehin macam dah hilang arah tujuan dalam menulis blog..ehin seperti kekurangan idea untuk dikongsi bersama..

ok kali ini ehin tampil dengan 1 benda yang mungkin akan membuatkan u all semua suka...haa nak tahu apa??satu permainan game..sejak bergelar penganggur ni,ehin boleh dikatakan menjadi seorang kaki game..hahaha...banyak game yang ehin rasa bodoh untuk di layan pada satu ketika dahulu kini menjadi teman untuk ehin mengisi hari-hari ehin...

ehin nak share pasal game angry bird..ermm pada asalnya ehin tidak la begitu berminat untuk mencuba game ni.tapi selepas ehin terbaca komen-komen kawan ehin di facebook,minat untuk mencuba game ini timbul..
so ehin nak ucapkan thanks kepada kawan ehin yang promot game ni dekat ehin...thanks syuk.... khayal game ni..

ok kalau u all nak try game ni boleh la masuk blog kawan ehin ni..dia dah linkkan dekat blog dia..korang boleh main sampai muntah..pastikan si bab* binatang perosak buruk tu mati..ehehhehee

jom kawan-kawan kita musnahkan najis muhalazah ini..jangan bagi mereka hidup dengan aman...sertai dan bantu burung yang teraniaya...yeeeyyyyy....

korang klik dekat pic ni nanti automatik akan masuk ke blog kawan ehin then boleh main game ni...

Tuesday, May 17, 2011

Oh surat tawaran

assalamualaikumm...

haii semuaa...adoii sakitnya kepala den ni ha..nak tahu kenapa??dah 2 hari den mencari surat tawaran masa mula-mula den masuk belajar dulu..adess..seingat den memang den ado simpan dalam fail den ni ha..tapi selepas dicari-cari memang tak ado..

haii la surat tawaran,mano la ekou menghilang..den dah poning neh....semua fail yang berkaitan dengan belajar ehin dah geledah..tapi tak jumpa..adoii surat ni time orang nak guna,hilang pulak,tapi bila tak diperlukan,dia ada pulak depan mata....adoiii

Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

haiii semua...syukur ehin dah selamat sampai di kampung halaman...how is time to looking for a job gurl...baru 2 hari ehin duduk dekat rumah tapi air dah masuk kepala..bosan beb..seriusly....adoii..ermm barang-barang ehin tak habis kemas lagi...malas sangat nak kemas seyh..

tapi sebelum ehin mula kerja,ehin nak berjimba dengan adik-adik ehin a.k.a kawan baik ehin..kemana u all plan ehin boleh ikut.masa u all set...tapi ehin yakin kalau keluar dengan adik-adik ehin ni sure la awal..diorang bukan macam ehin yang boleh balik lewat..kalau nak tengok wayang ehin on je tapi tak mau tengok cerita kongsi..hihi..ehin dah tengok cerita tu...erm not bad la....

kalau cerita omputeh ni,ehin prefer download je...memang la feel dia lain kalau tengok dekat panggung tapi jimat sikit duit..hihihihi....

ok lah ehin malas celoteh panjang...tata semuaaaa

Saturday, May 14, 2011

kini tiba saatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi dengan berkat dariNya dapat juga ehin mengabiskan masa 3 tahun ehin dalam mendapatkan segulung diploma..Alhamdulillah....
ehin gembira sangat.tadkala hati gembira apabila berakhirnya kehidupan sebagai seorang pelajar tetapi ehin perlu berhadapan dengan satu perasaan sedih yang teramat... PERPISAHAN...

kepada rakan-rakan sekolej aku ingin memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita aku ada melakukan kesilapan..aku sedar perangai aku ada kalanya menyakitkan hati..tutur kata aku pula mengguris perasaan korang..aku mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi ilmu dalam mencapai matlamat kita sebagai pelajar..

kadang-kandang aku rasa kelakar sangat bila teringatkan saat perkenalan kita...time tu ada yang sombong je,yela first time tegur,ada pulak yang poyo-poyo,ada yang becok,ada yang malu-malu dan macam-macam kerenah yang buatkan aku tersenyum sendiri...

ingat tak 3 tahun dulu,kita datang dari negeri yang berbeza,dari latar belakang yang tidak sama tapi kita ada satu matlamat yang sama..matlamat untuk mencapai cita-cita kita..

korang,aku nak korang tahu yang aku gembira dapat berkenalan dengan korang,aku sayang korang dan sayangkan persahabatan yang kita dah jalingkan..aku mula terasa risau bila terfikirkan bilakah saat kita dapat berkumpul dan bergelak ketawa macam sebelum ni..yela masing-masing dah jauh..walaupun ada facebook,skype,fon dan ym tapi suasana dah tak sama..kita dah tak dapat bersua muka...

kita dah tak dapat berkongsi makanan bersama,dah tak dapat melihat ketekunan masing-masing dalam mengejar cita-cita,dah tak dapat bergurau dan yang paling penting kita dah tak dapat merasai nikmat belajar bersama...

Ya Allah terasa singkat masa berlalu..dah 3 tahun kita bersama..perpisahan datang menyusul ketika bunga keserasian dan bunga kemesraan mekar berkembang....kenapalah perpisahan ini perlu datang?

Amal,ko la member pertama yang aku kenal masa mula-mula aku masuk kat sini...azma,ko satu-satunya geng perempuan sem ogos yang aku ada....ain,ko antara kawan terbaik yang pernah aku dapat..yanti,ingat tak kejadian kat MC,tu yang membawa kepada perkenalan kita kan??

kepada member-member lain yang terlalu ramai untuk aku sebutkan disini,korang semua terbaik..aku sayang korang...terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku..terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan aku sepanjang kita belajar..terima kasih semua....


Tuesday, May 10, 2011

Tak Sabar!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semua..hari ini ehin nak berkongsi rasa TAK SABAR ehin!!!!hahahaha.. kurang 4 hari lagi ehin akan meninggalkan Kolej Uniti ni..wahhhhh sekejap je masa berlalu....

ehin TAK SABAR nak habiskan paper terakhir ehin...wahhhhh...... mintak-mintak ehin boleh jawab la untuk subjek SOFTWARE PROJECT MANAGEMENT....

TAK SABAR nak balik kuantan...wahh ehin memang teruja...

wahai kawan-kawan,doakan ehin ye...peace..ehhehe


Thursday, May 5, 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ok kali ni ehin nak share pasal ibu.....sebelum ehin melalut dengan lebih panjang dan lebar ehin nak ambil satu petikan dari hadis yang ada kena mengena dengan ibu..

Datang seseorang kepada Rasulullah dan berkata, Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali Nabi menjawab,Ibumu!Orang tersebut kembali bertanya,Kemudian siapa lagi ?Nabi menjawab,Ibumu!Ia bertanya lagi,Kemudian siapa lagi?Nabi menjawab,Ibumu!Orang tersebut berta kembali,Kemudian siapa lagi, Nabi menjawab,Bapamu
[Hadits Riwayat Bukhari (AL-Ftah 10/401) No. 5971, Muslim 2548]

cuba korang hayati apa yang Rasul kita ingin sampai kan..jom kita tengok pula pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan kita melalui lirik lagu MY MOTHER..
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose

And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

sebagai mana yang kita tahu ibu merupakan seorang insan yang sangat mulia sehinggakan seorang ibu yang meninggal ketika melahirkan anak dikategorikan sebagai mati SYAHID..mereka seolah-olah mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita di dunia ini..

tapi seberapa ramai anak yang tahu menghargai pengorbanan ibu...jika kita lihat kepada lirik lagu di atas,begitu besar jasa ibu terhadap kita..dan cuba kita renung semula adakah kita dapat melakukan sedemikian kepada ibu kita pada hari tua mereka nanti...

kita sebagai anak seharusnya membalas dan mengenang jasa ibu yang melahirkan kita..haram bagi kita untuk melukakan hati ibu apatah lagi melahirkan air mata duka kepada ibu kita....biar pun siapa ibu kita,bagaimana lakaran hidup mereka,apa pekerjaan mereka,kita tiada hak untuk mempertikaian mereka apatah lagi mengeji mereka....

jadi apa kita mengambil kesempatan pada hari ibu yang bakal tiba nanti untuk menggembirakan hati mereka...luangkan masa sehari untuk bersama mereka...
ingat
layanlah ibu kita seperti esok dia tiada lagi disisi kita...
sekaya mana kita,
setinggi mana pangkat kita,
sekuat mana tenaga kita,
tanpa ibu yang melahirkan kita,
mustahil ada kita di sini hari ini..

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA 
IBU YANG BERADA DI SELURUH DUNIA

Linux dan Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semuaa..adess jam dah tunjuk pukul 3.13 pagi. tapi ehin masih lagi tak boleh tidur,nak tahu kenapa?otak ehin asyik memikirkan exam ehin..adoi....

mintak-mintak la semuanya berjalan lancar esok..dari tadi dok mengadap benda ni....otak ehin pun dah nek buntu...hehehee...

apa-apa pun doakan ehin ye...

Wednesday, May 4, 2011

Belajar susah tak belajar pun susah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semuaa



ermm mayb after korang baca tittle entri kali ni korang rasa pelik kenapa ehin cakap macam tu..its not about susah nak hadapi exam or apa..tapi ni susah nak hadapi HUTANG... almost people yang bergelar pelajar dikatakan sudah berhutang...salah seorangnya ehin laa..



bila ehin fikir,ehin rasa baik macam tak belajar je..sebab kena tanggung hutang yang mencecah 40K.. bukan satu angka yang kecil..eh kalau banyak tu la,macam-macam dah boleh buat...ye memang ehin tahu harta dunia satu hari akan buruk jugak tak macam ilmu tapi bila fikir yang ehin dah bergelar PENGHUTANG TEGAR ehin rasa serabut..

otak ni melayang nak memikirkan semua benda..ok lah even dah habis belajar pun,belum tentu ehin akan dapat kerja yang sama dengan kelulusan ehin right?sebab tak semua orang bernasib baik kan?? kalau kerja pun 10 tahun pun belum tentu lagi habis hutang tu...korang fikir dan kira sendiri ok..

kalau kerja,then gaji dapat rm1500..then gaji kita mesti la kita nak merasa jugak kan??ok lets said korang spent rm200 untuk bayar hutang pinjaman...
sebulan rm200 dikali dengan 12bulan (1 tahun)..tu baru rm 2400 hutang yang korang dah settle kan??
so untuk dapatkan berapa tahun korang kena menanggung hutang,rm40k korang bahagi pulak dengan rm2400...kalau ikut pengiraan ehin,korang akan dapat hampir 17 tahun menganggung hutang beb...40K yang digunakan dalam masa 3tahun mengambil masa yang lama untuk dilangsaikan...

OMG memang beban beb....ok fikir pula,belum tentu kita hidup selama tu..kalau ditakdirkan umur kita pendek...emm macam mana??sebab ehin ada terbaca 1 petikan hadis atau ayat Al-Quran,salah satu penyebab amalan kita tergantung adalah HUTANG..so macam mana tu???ehin tak berani hendak berkata mengenai agama tapi ehin tertanya-tanya...

ermm memang susahkan??belajar susah tak belajar pun susah..ni semua permainan duit...



Monday, May 2, 2011

Langsaikan Hutang!!

Assalamualaikummm...dan salam sejahtera..

adess first sekali ehin nak minta maaf dekat kawan sehidup semati ehin....ehin betul betul minta maaf sebab terlupa 1.5 hari tu birthday dia...

cik aini nadzirah sayang,saya nurfarahin binti ibrahim ingin mengucapkan
selamat hari lahir yang ke 21..jangan lupa daftar mengundi and semoga berbahagia dengan en nazrul....

ok sebagai hadiah ni saya nak langsaikan hutang......huhuhuu...

1. 4 perkara describe yourself  
  • talktive
  • gila-gila
  • sukar difahami
  • suka menyanyi

2. 4 nama manja kamu

  • Ya (panggilan famili)
  • Along
  • eihin
  • fara
3. 4 perkara baik yang kamu buat hari ini
  • kejutkan my hubby bangun tidur
  • angkatkan baju member
  • bawak moto untuk member (driver)huhuhu
  • minta maaf dekat hubby walaupun bukan salah ehin

4. 4 tempat yang nak sangat pergi 
  • Mekkah (nak tunaikan rukun Islam)
  • Jepun (nak tengok kecanggihan teknologi)
  • Pulau Langkawi (walaupun dah pernah pergi tapi tak puas lagi)hihihihi
  • Pulau Pinang

5. 4 benda wajib bawa kalau keluar
  • wallet
  • handphone (keluar bilik pun bawak phone)
  • kad pengenalan
  • pakaian (tak kan keluar nak berbogel kot)

6. 4 perkara terakhir kamu buat sebelum join contest ni

  • mesej dengan my bubby
  • call my hubby
  • bukak facebook
  • berak wakakkakakakakaka 
7. 4 orang paling kamu sayang di dunia ini
  • mama
  • abah
  • mr MAZ
  • kawan-kawannnn 
8. 4 jenis ragam manusia yang kamu jumpa hari ini
  • gedik
  • belagak
  • sombong
  • bajet hot.
9. 4 misi yang kamu mesti capai dalam tahun ini
  •  mesti grad tahun ni
  • dapatkan kerja untuk sara keluarga
  • teruskan hubungan dengan my hubby
  • kuruskan badan ( tu pun kalau dapat la....tak berharap sangat)
10. 4 habit buruk kamu
  • malas
  • malas
  • malas
  • malas 
* dah nampak bertapa malasnya ehin kan??wakkakaka

11. 4 perkara yang kamu fobia


  • apa ekkkkkkk
  • kehilangan kot....
  • ermmmm tak tahu laaaaaaaa
  • ermmm adess tak berapa reti makna fobia
ehin ni jenis yang tak serik,selalu kat mulut je cakap serik tapi hakikatnya YANG ADO!

12. 4 sebab kamu join contest ni
  • sebab kawan saya cik aini nadzirah dah tag
  • nak langsaikan hutang dekat aini
  • saja suka-suka
  • sebab dah tak ada kerja