Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Saturday, May 14, 2011

kini tiba saatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi dengan berkat dariNya dapat juga ehin mengabiskan masa 3 tahun ehin dalam mendapatkan segulung diploma..Alhamdulillah....
ehin gembira sangat.tadkala hati gembira apabila berakhirnya kehidupan sebagai seorang pelajar tetapi ehin perlu berhadapan dengan satu perasaan sedih yang teramat... PERPISAHAN...

kepada rakan-rakan sekolej aku ingin memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita aku ada melakukan kesilapan..aku sedar perangai aku ada kalanya menyakitkan hati..tutur kata aku pula mengguris perasaan korang..aku mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi ilmu dalam mencapai matlamat kita sebagai pelajar..

kadang-kandang aku rasa kelakar sangat bila teringatkan saat perkenalan kita...time tu ada yang sombong je,yela first time tegur,ada pulak yang poyo-poyo,ada yang becok,ada yang malu-malu dan macam-macam kerenah yang buatkan aku tersenyum sendiri...

ingat tak 3 tahun dulu,kita datang dari negeri yang berbeza,dari latar belakang yang tidak sama tapi kita ada satu matlamat yang sama..matlamat untuk mencapai cita-cita kita..

korang,aku nak korang tahu yang aku gembira dapat berkenalan dengan korang,aku sayang korang dan sayangkan persahabatan yang kita dah jalingkan..aku mula terasa risau bila terfikirkan bilakah saat kita dapat berkumpul dan bergelak ketawa macam sebelum ni..yela masing-masing dah jauh..walaupun ada facebook,skype,fon dan ym tapi suasana dah tak sama..kita dah tak dapat bersua muka...

kita dah tak dapat berkongsi makanan bersama,dah tak dapat melihat ketekunan masing-masing dalam mengejar cita-cita,dah tak dapat bergurau dan yang paling penting kita dah tak dapat merasai nikmat belajar bersama...

Ya Allah terasa singkat masa berlalu..dah 3 tahun kita bersama..perpisahan datang menyusul ketika bunga keserasian dan bunga kemesraan mekar berkembang....kenapalah perpisahan ini perlu datang?

Amal,ko la member pertama yang aku kenal masa mula-mula aku masuk kat sini...azma,ko satu-satunya geng perempuan sem ogos yang aku ada....ain,ko antara kawan terbaik yang pernah aku dapat..yanti,ingat tak kejadian kat MC,tu yang membawa kepada perkenalan kita kan??

kepada member-member lain yang terlalu ramai untuk aku sebutkan disini,korang semua terbaik..aku sayang korang...terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku..terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan aku sepanjang kita belajar..terima kasih semua....


3 comments:

Mohd Shukri Fadzillah said...

~Tangan Di Dada, Mata Ke Atas~ ^_^

eihin said...

hahahahhaa....
~tangan di dada,kepala tunduk kebawah~ sebak sebak~~

baby_elida said...

ala sdisny...
pertemuan n perpisahan tu
adalah adat mnusia biasa...
jgn sdis2 k....