Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Thursday, March 17, 2011

MaLas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

haii semua..hari semalam ehin tak publish apa-apa entri pun dalam blog ni..sebenarnya ehin dah taip tapi ehin rasakan idea yang ehin sampaikan seperti tidak mencukupi isinya..jadi ehin simpan dahulu sehingga hari ini..dan tadi ehin telah pusblishkan entri yang ehin simpan semalam....

sedang ehin duduk didalam perpustakaan kolej ehin ni,ehin memerhatikan keadaan disekeliling...ermmm...lengang dan kosong..mana perginya pelajar..mungkin sudah pulang ke pangsapuri masing-masing..tiba-tiba ehin terfikir untuk menulis entri mengenai malas..

sebenarnya ehin bukanlah seorang yang tergolong dalam golongan rajin..buktinya??kalaulah ehin seorang yang rajin sudah tentu ehin akan berjaya dalam setiap peperiksaan semesta.so entri kali ini ehin anggap sebagai satu motivasi atau pendorong kepada ehin untuk menjadi seorang yang lebih baik..

ehin masih ingat kata-kata mama ehin..katanya malas ni adalah sejenis penyakit..orang yang mempunyai sikap malas ni sebernya tidak mempunyai kesungguhan dalam mencapai matlamat yang diimpikan..orang yang berjaya dalam apa yang diidamkannya sebenarnya manusia yang berjaya melawan sikap malas mereka...tapi ehin ni tak tahu la bila nak berjaya melawan sikap malas sepenuhnya..ermmm

kalau kita perhatikan,malas mempunyai beberapa katogeri...

1.MALAS MEMBACA
malas membaca sebenarnya 1 sikap yang sangat rugi...sebab dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu kita...kebayakkan ilmu yang kita perolehi adalah dari sikap membaca...
dalam ayat pertama Al Quran iaitu surah Al Iqra iaitu "bacalah dengan nama tuhan yang mencipta"..disini sudah jelas terbukti membaca adalah satu yang dituntut dalam agama Islam..tanpa membaca rosaklah negara dan runtuhlah iman..

2.MALAS BERFIKIR
ermm bagi ehin ini yang berat...kalau sudah malas berfikir susah la..manusia perlu berfikir dalam setiap tindak tanduk yang kita ambil..tapi kalau dah malas berfikir memang susah...janganlah kita bazirkan neuron yang telah dianugerahkan kepada kita..kita kena gunakannye sebaik mungkin....apabila fikiran kita tajam,maka neuron yang berada didalam otak kita akan aktif bekerja..

3.MALAS BERUSAHA
ni yang paling penting..kalau kita pandai tapi kita tak berusaha memang tiada guna..sama juga kalau kita kaya tapi malas untuk menambahkan harta kita...emm ni memang parah..so kita kena sentiasa berusaha supaya apa yang kita hajatkan tercapai..tapi berusahalah dengan cara yang baik bukan dengan menindas orang lain...

so akhir kata ubahlah diri untuk kebaikan kita bersama...semoga apa yang kita buat mendapat keberkatan dariNYA..aminnn...

1 comment:

baby_elida said...

hahaha....mmg xnafikan,
rmai yg malas...
klo tidak penuh ilmu didada,
kta psti akn ktggalan...