Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Thursday, March 24, 2011

GasTriK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haii semua...kita berjumpa lagi kali ni...ermm kali ni ehin nak bercakap pasal gastrik...ehin percaya ramai yang mengidap gastrik dan ada jugak yang pura-pura mengidap gastrik..(terutama bulan puasa)  kalau nak tahu ehin pun antara seorang dari pengidap gastrik..ehin mula kena gastrik kalau tak salah semasa berumur 11 tahun...darjah 5..sebab waktu darjah 5 ehin memang jarang makan..sibuk dengan hal-hal sukan..masa tu ehin memang abaikan makan..kalau tengok badan ehin memang sekeping time tu..sekarang je bertambah besar..dah jadi macam mak gajah...ehheehhe...(tak apa janji comel) hihihi...dah banyak ehin merepek..ehin nak share sikit info yang ehin baca pasal penyakit gastrik ni..

gastrik merupakan penyakit keradangan pada dinding perut yang mempunyai rawatan efektif...biasanya kerdangan ini berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (bukan helikopter ekk) yang turut menjadi punca utama penyakit ulser perut..kalau nak tahu apa tu bakteria helicobacter pylori korang cari sendiri k.lemak la semua ehin nak kasi..korang tanya mr google...


korang nak tahu tak??perut seorang manusia dewasa boleh menampung sehingga 1 gelen makanan dan minumaman..perghh banyak tu beb...kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencerna makanan..salah satu asid yang ada dalam perut kita adalah asid hidroklorik..asid ni sangat kuat tau..dia boleh melarutkan besi dan bersifat kakis..kalau tak percaya,buka buku kimia...walaupun asid ini berada dalam perut kita,tapi tahap keasidan dia tak terlampau tinggi kerana mukus telah menyimbangkan asid tersebut...

haa tu la serba sedikit mengenai gatrik yang ehin nak share dengan korang...kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh tanya doktor,atau korang boleh terus tanya mr google..

No comments: