Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Monday, March 14, 2011

BloGGeR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pertama sekali syukur kepada Ilahi sebab kita diberi kesempatan dan peluang untuk bernafas pada hari ini...Thanks to Allah.... bersesuaian dengan tajuk ehin hari ini..ehin nak ucapkan terima kasih kepada follower ehin.ehin tahu walaupun ehin tak ramai follower tapi ehin bersyukur sangat sebab ada yang sudi baca luahan hati ehin...

Hari demi hari ehin makin banyak follow blog kawan-kawan dan ehin rasa blog merupakan satu tempat untuk kita berinteraksi dan menulis secara bebas dengan orang lain..kat sini kita boleh berkongsi segalanya..tapi awas jangan sampai apa yang kita tulis atau luahkan menjadi satu isu atau menyentuh sentiviti kaum lain..

Ehin pun masih baru dalam bidang penulisan blog ni..masih berjinak-jinak... sebenarnya hasrat untuk menulis blog sudah lama terbit di lubuk hati ehin tapi ehin seperti tiada kesempatan untuk menulis dan ehin juga terasa seperti ehin tidak mempunyai bahan dan medium untuk berkongsi dengan orang lain...

tapi atas dorongan dan ajakan kawan-kawan,akhirnya ehin memutuskan untuk membina satu blog...terima kasih kepada kawan yang mendorong ehin..bagi ehin untuk membina satu blog bukanlah satu perkara yang boleh kita lakukan sekadar melepaskan batuk di tangga...di sebabkan itulah hari demi hari ehin berusaha untuk menjadikan blog ehin menarik...

blog ehin ini sebenarnya bertujuan sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hati ehin..ini bukanlah bermakna ehin tidak mempunyai kawan untuk dijadikan telinga tumpangan akan tetapi ehin rasa ehin mudah untuk meluahkan perasan dan berkongsi cerita di blog ehin...memang ada sesetengah orang akan berfikiran ehin seperti meminta simpati orang atau menarik perhatian orang dengan menulis blog..tapi bagi ehin itu pandangan mereka..dan ehin tidak peduli dengan itu semua..yang ehin tahu,ehin tidak menulis dengan membabi buta dan tidak menulis untuk mengganggu orang lain...


kepada mereka yang merasakan kehadiran ehin sebagai blogger hanya satu sampah atau sekadar untuk menambahkan bilangan blogger,ehin memohon maaf dan menyusun 10 jari..bukan itu tujuan ehin..ehin sekadar ingin memeriahkan dunia blogger dan menjadikan blog satu tempat ehin bertukar pendapat dan mencipta rakan baru disamping dapat menambah ilmu baru.....

sekali lagi ehin mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi membaca dan sudi singgah di blog ehin...terima kasih dan sila berikan tunjuk ajar kepada ehin andai kata ehin terlanjur jari dalam meluahkan kata-kata....

assalamualaikumm...

2 comments:

Hunny Lida said...

hah tula...
dlo ajk xnak...
now da jd blogger
tiap2 hri dia update..
hehehehe...ur welcome...
(^_~)

eihin farahin said...

hahhahahaha......
tu la.....
klau x update 1 ari rs cm x best....