Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Thursday, March 17, 2011

Pentingkan diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


haii semua....terlebih dahulu ehin nak ucapkan selamat hari lahir kepada kawan-kawan ehin yang menyambut hari lahir pada hari ni....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


harini ehin tiba-tiba dapat idea untuk menulis tentang PENTING DIRI..kalau dalam bahasa inggeris dipanggil selfish...kalau kita perhatikan orang yang berada disekeliling,pasti ada golongan ni  dalam komuniti kita...


kenapa perlu sikap pentingkan diri ni wujud dalam individu...bagi ehin sikap pentingkan diri ehin timbul apabila satu sikap tidak puas hati atau cemburu kepada satu pihak yang lain...sikap ni boleh di ibaratkan seperti virus dalam diri....


kita sebagai manusia yang duduk didalam satu komuniti yang besar seharusnya menghidari perasaan ini..macam mana nak hindari perasan ni??jom ehin share sikit dari apa yang ehin baca..

cuba tanamkan satu perasaan dalam hati " I love all human'.sikap selfish ni boleh dikikis kalau kita berusaha untuk peduli tentang orang disekeliling kita... 
hadith dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” (Muslim)

Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. 

Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita berpegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban...

so apa kata kita duduk dan fikir,adakah kita tergolong dalam golongan pentingkan diri atau tidak,.akhir kata selami diri dan hiasi peribadi.. 



1 comment:

Hunny Lida said...

hmm mmg rmai yg brsikap sbergini...
xbole nak elak n xnafikan...
org yg pntingkan diri ni akn memakan dirinya sendiri kelak...
percayalah....