Kiraan skodeng

Student Free Stuff

Monday, March 14, 2011

Persendakan Hal Agama

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Sebenarnya hari ini kelas ehin mengadakan 1 perbentangan untuk subjek Pendidikan Agama.. Walaupun subjek tersebut bukanlah subjek teras di dalam kos kami tapi sebagai seorang yang beragama Islam,kami di wajibkan untuk mengikuti kelas tersebut.. Berbalik kepada pembentangan hari ini,ehin cukup berbangga melihat rakan-rakan ehin bersusah payah untuk memberi penerangan tentang tajuk yang mereka bentangkan... memang kami budak-budak jurusan IT tapi ehin terkilan dengan segelintir pelajar lelaki yang seperti tidak menghormati agama sendiri dan memperkotak-katikkan hal-hal berkaitan agama..

pada awal perbincangan bagi ehin tidak timbul sebarang isu kerana kumpulan pertama dan kedua kelihatan sangat profesional.tapi apabila giliran kumpulan ketiga melakukan pembentangan ehin sedikit berasa tersentak.. Mereka menerangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.. Dan ehin melihat mereka seperti tidak mencerminkan diri mereka untuk melakukan pembentangan....apabila mereka menyentuh beb keruntuhan akhlak seperti sumbang mahram,seks bebas dan seks songsang.mereka kelihatan seperti mempersendakan hal ini...

itu belum dilihat apabila mereka bercerita tentang gejala merempit...sejujurnya ehin seperti tidak sanggup mereka yang tidak ubah seperti badut...mereka terkinja-kinja yang melalak-lalak di hadapan kelas...sungguh memalukan..ini tidak sama sekali menunjukan mereka seorang yang profesional dan tidak layak dipanggil pelajar IPT..

jikalau benar sekalipun ada diantara mereka terlibat di dalam gejala yang tidak bermoral ini,kenapa perlu ditunjukkan semasa pembentangan tersebut??mana hilangnya rasa hormat kepada pensyarah yang berada dibelakang yang sedang menilai hasil kerja anda??apa relevennya membuka pekung dan aib sendiri??terasa hebatkan berperangai sebegitu??

satu lagi perkara yang menyebabkan ehin tersentak dan tertanya-tanya apabila salah seorang dari ahli kumpulan mereka menyebut ALLAH SALLA'LAH ALAI'HI WASSALAM!! Subhananallah!! terasa ingin menangis ehin mendengarnya..sudahlah menyebut salah,perkara tersebut dijadikan bahan gelak ketawa...Ya Allah apa sudah jadi dengan remaja sekarang???kesalahan sebutan itu bukan sekali tetapi berkali-kali...malunya ehin bukan kepalang...padahal pada slide show sudah tertulis Allah SWT...mengapa jadi begitu???

dalam hal ini kita perlu salahkan siapa??ehin terasa malu melihat gelagat mereka sebegitu... Ya,ehin sedar ehin bukanlah seorang yang arif dalam berkata-kata mengenai agama.tapi tidakkan kita sedar apa hukumnya kita mempersendakan agama???Ya Allah...ehin betul-betul kecewa dan sedih melihat aksi sedemikian....

bagi mereka yang terasa dengan entri ehin kali ini ehin mohon maaf..ini sekadar luahan isi hati ehin....
oklah sampai disini untuk kali ini...Assalamualaikumm

4 comments:

zoeyhilmy said...

Masyaallah.. Nauzubillah.. Agama n Allah S.W.T bkn ssuatu yg bleh dprsndakan.*-(

eihin farahin said...

yupp tau xpe..agama bkn 1 bnda utk dipersenda...

Hunny Lida said...

hmm rmaja zman skg da xpdli lg hal tu smua....cba la tgok skg, ada plak yg sgop wat vdeo prsndakan nama2 Allah n Nabi....mereka juga golongan IPTA...lagi memalukan mereka smuanya bertudung...
mna dorg cmpakkan agama dorg???
sdis....

eihin farahin said...

tu la..malu sgt tgk ank bangsa sekarang....
mintak Allah sedarkan mereka sebelum bala besar dtg